Jumaat, 5 April 2013

Baginya Umno lebih bersih, walaupun,,,,,


Ini sedikit petikan kenyataan Ustaz Nakhaie Ahmad bekas ahli PAS ketika ditanya wartawan semalam. Untuk makluman,  beliau keluar  PAS pada 1988 dan masuk Umno setahun kemudian.

“Saya tidak bersetuju dengan perjuangan parti PAS yang semakin celaru dan mengelirukan umat Islam.  Saya tak yakin dengan kemampuan dan janji Pakatan pembangkang termasuk dalam isu moral pemimpin mereka”
"Sampai sekarang saya tidak boleh terima perjuangan pembangkang, walaupun adilk saya menjadi calun PAS,  saya tetap pangkah BN"

Nampaknya bekas pemimpin PAS ini lebih Umno dari ahli Umno sendiri. Berkarat biru darah Umnonya. Sebaik mana pun PAS dan Pakatan Rakyat Umno juga yang disanjungnya !  Kesiannn,, agaknya hatinya dah gelap, segelap malam tanpa bulan tanpa bintang. Kalau ditanya tidakkah Umno selama ini telah mengkhianati bangsa Melayu? Apa dia jawab agaknya !
Kalau ditanya bukankah Umno telah banyak kali  mempermain & mempersenda agama Islam ?  apa dia jawab !   
Kalau ditanya betulkan Anwar itu manusia tidak bermoral (kaki liwat) seperti yang digembar-gembur oleh Umno, dia nak jawab apa ?  Kalau mengikut kenyataannya di atas,  memang dia bersetuju yang Anwar tidak bermoral,, Anwar kaki liwat !  Hakikatnya Anwar tidak begitu,, Anwar dizalimi pemerintah!  Tidakkah dia sedar setiap muslim yang hatinya cenderung menyokong pemerintah yang zalim itu adalah berdosa besar? -    rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan