Meninggalkan
UMNO bukanlah satu dosa tetapi memilih dan menyokong parti PAS yang terbukti
memperjuangkan Islam sebenar-benarnya adalah sesuatu yang sangat dituntut. Berbanding
UMNO yang sejak dulu sampai sekarang, perjuangannya penuh dengan kemunafikan
dan kemungkaran,, penuh dengan perebutan harta dan dunia glamour, penuh dengan
fitnah dan kepalsuan. Barangkali ini yang telah menyedarkan Tan Seri Muhammad.
Hidup
kita bukanlah untuk menongkat langit selama-lamanya. Kematian dan alam Akhirat pasti menanti ! Di
sanalah nanti sebenar-benar kehidupan,
sebuah kehidupan yang abadi. Amalan jahat dan tidak baik nerakalah
jawabnya, manakala amalan baik dan taqwa kepada Allah syurgalah
tempatnya. Kesedaran dan keinsafan sepatutnya sudah lama mengajar kita, terutama
orang-orang UMNO. Peringatan buat semua – sementara nyawa masih ada,, pilihlah
jalan yang benar,, jalan yang menuju kejalan Allah. PAS adalah satu-satunya
pilihan yang terbaik ketika ini. PAS
telah menyediakan tapak yang cukup luas, telus dan bersih untuk seluruh umat
Islam menuju ke jalan taqwa. Sekali lagi tahniah kepada Tan Sri Muhammad Taib
bekas Menteri Besar Selangor kerana telah memilih PAS - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan