Rabu, 17 April 2013

Penghina agama Hindu vs Pejuang Islam?


Perbezaan antara kedua-dua individu ini amat ketara. Khalid Samad konsisten perjuangannya dalam menegakkan Islam,, Zul Kulim pula merupakan individu yang amat lemah pendirian dan pegangan Islamnya, tetapi bila bercakap pasal Islam seolah-olah dialah jaguh, walhal ilmu tak sebanyak mana,, lagak je lebih.  Macam keling dengan todi,, minum sekole,  mabuk sepuluh kole.   

Itulah sifat2 manusia riak  sombong dan munafik. Orang munafik macam Zul ini memang tempatnya sesuai di dalam UMNO bukan dalam PAS atau PKR.  Mujur beliau sudah ditendang dari Pakatan Rakyat. Sekarang berbahagialah dia di bawah ketiak Najib. Tahniah Zul !! kerana anda menjadi pilihan Najib.   Walau apa pun teman nak tanya mike,, Ajaran Islam mana yang mike pakai hingga membolehkan mike mengutuk dan menghina Agama Hindu sesuka hati?  seperti yang mike lakukan dalam satu majlis baru-baru ini.  Rujuk youtube – Zul hina agama Hindu..

Tentang menjadi calun :   Khabarnya mike dicalunkan untuk menentang Khalid Samad di parlimen Shah Alam?.. Kah, kah, kah !!!  Mungkin ini satu langkah yang tepat oleh BN,, tahniah Najib,.Lihatlah nanti!, sama ada Zul jadi batu atau jadi sabut. .Pada pengamatan teman Najib telah menempah kubur untuknya. He, he, he !!   Tidak mustahil juga Najib ada menaruh sedikit harapan agar Zul boleh membuat kejutan di Shah Alam?. Kah, kah, kah !!  Jangan berangan le Najib,, kirim salam je !   Mempertaruhkan Zul melawan Khalid ibarat menyuruh cicak berlawan dengan mengkarung!  ..

Lagi pun,, apa kelebihan yang Zul ada? Sebagai peguam kelas ekonomi,  mungkin kebolehannya hanya dalam aspek menyemak dan mengangkat fail kehulu kehilir setiap kali ada perbicaraan di mahkamah. Selain itu,  mungkin kebolehannya menyamar dan membuat cerita-cerita rekaan, disamping menonjolkan sikap lawyer buruknya !!  Justeru hebat sangatkah insan bernama Zulkifli Nordin ini,  berbanding Khalid Samad yang sudah terbukti ketokohan dan kebolehannya?.    Khalid Samad kalau berhujjah penuh dengan fakta,  malangnya Zul kalau bercakap penuh dengan auta !!  dan syok sendiri lebih,,  kesiannn.  -    rahimothman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan