Khamis, 4 April 2013

Lamanya Najib mendera rakyat !


Setelah berbulan-bulan dan hampir 2 tahun Najib bermain teka-teki atau menangguh-nangguhkan  pembubaran parlimen akhirnya hari ini 3/4/2013 baru Najib umum parlimen dibubarkan.   Rakyat merasa lega !  Apa tidaknya, sudah cukup lama jiwa mereka tersiksa !  Najib sepatutnya sedar, selagi beliau tidak membubarkan parlimen selama itulah beliau telah mendera rakyat ! Rakyat nak mengatur program hidup atau pun program keluarga,, menjadi tidak menentu!  Nak pergi Haji atau Umrah berbelah bagi,  nak mengatur majlis kenduri kahwin tersekat-sekat,  nak melancung bersama keluarga jadi terbantut dan macam-macam gangguan lagi.

Adakah Najib fikir itu semua? . Sekarang bila parlimen dah bubar dan tarikh pilihanraya akan diumum tak lama lagi eloklah Najib bersenang-senang hati !  Jangan pening-pening kepala lagi !  Bersedialah untuk menjadi ketua pembangkang pula,,  itu pun kalau tidak dirampas oleh Muhyiddin Yasin   -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan