Membuat fitnah, menipu atau melempar dakwaan buruk
terhadap pemimpin dan parti pembangkang,
itu sudah jadi amalan UMNO !
Menuduh TG Nik Aziz sesat, dan PAS Parti Ajaran Sesat bukan baru sekarang timbul, sebelum ini pun sudah banyak kali pemimpin
Umno tuduh PAS begitu !
Terbaru kelmarin, dalam satu temu-bual media,bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yasin mengulangi tuduhan yang sama - PAS ialah Parti Ajaran Sesat ! Namun sampai sekarang mereka tak berani mengheret PAS ke mahkamah dan haramkan terus parti itu. Pelik kan ? itulah buktinya PAS tidak sesat, sebaliknya ia sebuah parti Islam yang bersih, telus, berwibawa dan berintegriti. Pemimpin UMNO berkokok siang malam, menuduh PAS macam macam, PAS terus berdiri tegak dan megah. Segala tohmahan yang dilemparkan, selalunya menempelak ke muka UMNO sendiri. Sedarlah wahai pemimpin UMNO. PAS sudah lebih 50 tahun hidup subur dan berkembang di bumi Malaysia ini. sedangkan Umno tajaan Mahathir (Umno Baru),, baru berusia 25 tahun! Mentah sangat ! tetapi hebat dalam hal penipuan dan fitnah, kerakusan dan kemungkaran ! Lebih parah lagi apabila parti UMNO(baru) ini sudah dicop pula sebagai parti yang dah busuk sampai ke usus oleh bekas presiden dan pengasasnya sendiri (Mahathir). Jadi, kepada pemimpin UMNO !, muhasabah lah diri,, jangan sombong,,, jangan mengata dulang paku serpih,,, .......
Berbalik kepada dakwaan Tan Seri Muhyiddin – PAS adalah Parti Ajaran Sesat ! Teman tak terkejut pun ! Biasalah, ini penyakit musim pilihanraya. Teruskanlah tuduhan yang tidak berasas itu,,, asalkan hati pengikut jadi senang dan puas ! Pesan teman buat Tan Seri,, berkempenlah kuat-kuat,, jangan sampai peluang nak jadi PM terlepas pulak nanti! SEMAKIN KUAT UMNO MEMBENCI PAS, SEMAKIN BERTAMBAH PENYOKONG DAN PEMINAT PAS !! PAS for all !! - rahimothman
PAS sesat sbb pemimpin PAS x makan rasuah..klrga pemimpin PAS sesat sbb tutup aurat...kaki rasuah ahli klrga langgar syariat Islam x sesat...hahahah
BalasPadam