Ahad, 28 Julai 2013
Sabtu, 27 Julai 2013
Semua pertubuhan berkaitan Syiah dilarang
Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM – Sebarang pertubuhan yang berhubung kait dengan Syiah tidak dibenarkan, tegas Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata, pernah ada permohonan dibuat pengikut Syiah di ROS di Melaka tetapi ditolak. “Apa-apa pertubuhan berkaitan dengan Syiah adalah tidak dibenarkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Ketika ditanya, jika terdapat pertubuhan yang cuba mengaburi pihak ROS dengan menggunakan nama lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak perkara itu mungkin berlaku dan akan meneliti setiap permohonan terlebih dahulu.
Pada Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram. Ketua setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah pernah memohon mendaftarkan pertubuhan mereka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.
Jumaat, 26 Julai 2013
Benarkah UMNO sudah bersedia untuk berubah?
Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi
(MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5
Oktober ini. Beliau yang juga Presiden Umno, berkata pemilihan
jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara
berasingan pada 28 September ini. Menurutnya
lagi Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan
diadakan pada 2 - 7 Disember ini.
Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di
seluruh negara akan membuat pilihan pemimpin dan pucuk pimpinan parti selaras
dengan pindaan perlembagaan parti yang telah dibuat pada 2009 yang lalu. Apakah
parti UMNO yang mendakwa mempunyai jumlah keahlian 3.4 juta orang ini akan mendapat
kepercayaan orang Melayu semula?
Apakah
parti ini akan benar-benar dapat mempraktikkan
politik bersih, tanpa rasuah, tanpa
politik wang sebagaimana yang diamalkan selama ini?. Apakah selepas ini Najib dan suku-sakatnya mampu
menukar imej dan menjadikan dirinya sebagai contoh. Apakah tabiat buruk seperti mengutamakan
kroni, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat
mereka buang terus dari ingatan dan pandangan sepertimana kita membuang najis
ke lubang jamban?.. memang tak jeling lagi,,apatah lagi melihatnya ! Rakyat sentiasa menilai gelagat dan peribadi pemimpin. Kalau pemimpin di atas bersikap curang dan putar
alam, maka apa jaminan pemimpin di bawahnya tidak melakukan perkara yang sama? - rahimothman
PERKASA – Selepas puas main isu perkauman kini melutut kepada Cina dan India
Sumber
: http://wfauzdin.blogspot.com/
PERKOSA kini bergelut untuk
menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan PRU 13 yang lalu
membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara ini. Bila isu
perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke dalam tong najis, maka
itu bermakna riwayat PERKOSA bakal berakhir.
PERKOSA
kini bergelut untuk menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan
PRU 13 yang lalu membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara
ini. Bila isu perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke
dalam tong najis, maka itu bermakna riwayat PERKOSA bakal berakhir.
Mengenepikan
soal maruah dan prinsip, maka tanpa rasa segan PERKOSA pun buat keputusan mahu
mengikut rentak masyarakat yang bertamaddun. Diberitakan PERKOSA akan
mula menjalinkan kerjasama dan berpadu dengan NGO dari kaum Cina dan India
walaupun semua tahu apa yang tidak pernah disebut oleh PERKOSA terhadap dua
kaum ini. Tetapi demi hayat PERKOSA, mereka sanggup melutut kembali
kepada NGO dari kaum Cina dan India ini.
Merancang
untuk menubuhkan "MIRAC" setelah digabungkan nanti dengan NGO
berkenaan, membawa erti PERKOSA bukan lagi seperti dulu. Kononnya PERKOSA
kini telah berhijrah dari Rasist. Tentunya kita tahu NGO yang dikatakan
dari kaum Cina dan India itu lebih kurang seperti PERKASA berbaik semula dengan
MCA dan MIC jugalah. NGO yang pro Pakatan Rakyat tentunya tidak sebodoh
itu untuk membantu memanjangkan hayat PERKOSA. Percayalah,
apa pun usaha PERKOSA selepas ini yang pastinya NGO ini semakin hampir ke liang
lahad. Ibrahim Alkataki akan menjadi Pemandu Teksi di Pasir Mas selepas
ini, Ruslan Kassim pula mungkin akan menjadi Tok Siak menyusun sejadah dan Zul
Kulum akan terus menjadi 'anjing upahan' untuk menyalak sesekali di TV3 suku.
Langgan:
Catatan (Atom)