Ramai di kalangan
pemimpin UMNO terutama Najib sendiri,
pernah berkata mereka amat tidak bersetuju pembangkang dan rakyat Negara
ini bertindak menjatuhkan kerajaan
melalui demo atau gerakan di jalan raya. Atau dengan bahasa mudahnya,, menuntut
perubahan secara kekerasan. OK, kita
bersetuju dan kita bersyukur, kerana setakat hari ini rakyat Negara ini masih
lagi tahan sabar dan bertindak waras !… belum sampai ke tahap mahu merampas
kuasa secara kekerasan !
Namun
kita merasa sedikit dukacita dan sangsi dengan pendirian Najib berhubung dengan
tragedy rampasan kuasa oleh pihak
tentera di Mesir baru-baru ini. Peritiwa berdarah itu telah meragut banyak
nyawa insan-insan yang tidak berdosa. Atas alasan sangat longgar Presiden Mesir
Muhammad Mursi telah ditangkap dan ditahan walhal beliau memenangi jawatan
presiden melalui demokrasi dan sistem pilahanraya yang sah. Banyak pihak telah
mengecam tindakan pihak perampas yang didalangi tentera Mesir itu, namun lain
pula dengan reaksi Najib selaku PM Malaysia….
Ini
petikan kata-kata Najib … "Rakyat Malaysia perlu mengambil
iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak
semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.. Perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh
membawa kepada penderitaan rakyat. Akhirnya,
ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi
yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh
kita," Itulah kenyataan
Najib.. Beliau bukannya mengecam tentera
Mesir,tapi mengambil peluang insiden rampasan kuasa tersebut bagi keuntungan
politik sempitnya sendiri..
Najib
seolah-olah bersetuju dengan rampasan kuasa tersebut.. Ketidaktentuan kenyataan Najib memperlihatkan
sikap hipokrit beliau.
Kesiann
rakyat Mesir.. Presiden mereka yang bersunguh-sungguh mahu membawa perubahan
besar di Mesir ditumbangkan secara paksa dan kotor. Sah kumpulan ini didalangi oleh Amerika dan
Zionis. Najib dan seluruh kepimpinan
UMNO sepatutnya mengutuk habis-habisan rampasan kuasa tersebut,, bukan membuat perbandingan dan
menyindir rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan. Fahamilah Najib!, bahawa latar
belakang dan situasi di Mesir dan di Malaysia amat berbeza -
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan