PRK Kuala Besut,
adalah Pilihan Raya Kecil yang pertama selepas PRU 5 Mei yang lalu, berikutan kematian
penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN
26 Jun lepas.
PRK yang pertama
ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan
Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof. Kemenangan calun UMNO di
Kuala Besut adalah sangat penting bagi BN. Apa cara sekali pun mereka mesti mahu
menang untuk terus berkuasa dan mencengkam rakyat.
Terengganu “Darul Runtuh” Amat wajar sekali gelaran ini, kerana banyak sekali bangunannya yang runtuh.
Bertambah perit lagi rupa-rupanya ramai pemimpinnya juga hampir runtuh, lembam
dan bermasaalah. Justeru tidak ada peliknya TPM Muhyidin Yasin yang dipilih
untuk mengetuai PRK Kuala Besut ! Kenapa
tak pilih Najib?.. Tak payahlah! Lagi teruk !
Lihat sajalah hasratnya mahu merampas Selangor ! Najib kecundang, gagal,,
lunyai ! kalah teruk!
Bagaimana
pula dengan Ahmad Said menteri Besarnya?,
atau Idris Jusuh otai UMNO Terengganu yang tak kurang hebat itu?
Jawapannya mudah…. Masing-masing ada kekurangan,, ada masaalah. Ahmad Said
sudah dicop sebagai gagal dalam PRU baru-baru ini kerana BN nyaris tewas,, cuma
menang tipis 17-15. Idris Jusuh pula bermasaalah dengan istana. Maka akhirnya Muhyiddin
dipertanggung jawabkan. Apakah beliau mampu membawa tuah di PRK Kuala Besut
kali ini? Atau nasibnya sama macam Menteri Besar Johor dan Ketua Menteri Melaka
dalam PRU 13 yang lalu? Sama-sama kita
tunggu ! Untung sabut timbul,, untung
batu tenggelam ! – rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan