Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi
(MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5
Oktober ini. Beliau yang juga Presiden Umno, berkata pemilihan
jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara
berasingan pada 28 September ini. Menurutnya
lagi Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan
diadakan pada 2 - 7 Disember ini.
Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di
seluruh negara akan membuat pilihan pemimpin dan pucuk pimpinan parti selaras
dengan pindaan perlembagaan parti yang telah dibuat pada 2009 yang lalu. Apakah
parti UMNO yang mendakwa mempunyai jumlah keahlian 3.4 juta orang ini akan mendapat
kepercayaan orang Melayu semula?
Apakah
parti ini akan benar-benar dapat mempraktikkan
politik bersih, tanpa rasuah, tanpa
politik wang sebagaimana yang diamalkan selama ini?. Apakah selepas ini Najib dan suku-sakatnya mampu
menukar imej dan menjadikan dirinya sebagai contoh. Apakah tabiat buruk seperti mengutamakan
kroni, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat
mereka buang terus dari ingatan dan pandangan sepertimana kita membuang najis
ke lubang jamban?.. memang tak jeling lagi,,apatah lagi melihatnya ! Rakyat sentiasa menilai gelagat dan peribadi pemimpin. Kalau pemimpin di atas bersikap curang dan putar
alam, maka apa jaminan pemimpin di bawahnya tidak melakukan perkara yang sama? - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan