Selasa, 23 Julai 2013

Umi Kalthum meninggalkan kita


SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum telah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi awal pagi tadi di kediamannya Taman Ukay Perdana Saujana Melati.  Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur.

Allahyarham Umi Kalthum adalah merupakan ibu kepada pelakon/peragawati Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada penyanyi tersohor Anita Sarawak.  Pada suatu ketika dulu, allahyarham yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar  sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita”  di seluruh Singapura dan Malaya.  Alfatihah...   - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan