KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Nama Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak seolah-olah cuba ‘dihilangkan’ dari disebut sepanjang rayuan
perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.

Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang
mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung
disebut dalam mahkamah. Namun,
tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa
kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.
“Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu,” kata Sivarasa. Dalam pada itu, Sivarasa mempersoalkan, sama ada pendakwaraya mahupun peguam bela, kedua pihak tidak pernah mempersoalkan motif pembunuhan.Sedangkan, motif pembunuhan adalah soalan penting dalam perbicaraan.
“Soalan yang ditanya langsung tidak menjurus kepada motif pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan secara terancang pasti mempunyai motif. Jika keduanya tidak mempunyai motif, kita perlu selidik siapa yang mempunyai motif, untuk kita pergi kepada pendedahan yang lebih jelas,” katanya. ~keadilandaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan