Jumaat, 12 Julai 2013

Jamil Khir cuba bentengi Najib Muhyiddin


Dua jawatan tertinggi Umno perlu dikekalkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan agenda transformasi kerajaan dilaksanakan dan tercapai pada 2020.  Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum dalam satu kenyataannya.  Sekiranya kedua-dua jawatan tersebut dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Umno Oktober ini, ia akan merugikan parti dan rakyat,, katanya lagi.                                                 Kah, kah, kah !!  Parti rugi,  ahli rugi tak apa,, asalkan pemimpin UMNO yang untung !! Nampaknya budaya melanun belum pasti dapat dihentikan.
 
"Perlu kekalkan kedua-dua jawatan terpenting (presiden dan timbalan presiden Umno) itu bagi memastikan agenda transformasi tercapai. Saya harap tak ada pertandingan jawatan kedua-dua barisan kepimpinan terpenting itu bagi merancakkan lagi perjalanan parti pada masa akan datang," katanya  kepada pemberita pada majlis taklimat dan perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jerai di sini hari ini.
Pada pandangan penulis Jamil Khir tak perlulah takut sangat dengan pertandingan yang bakal berlaku. Dulu perlembagaan UMNO mengongkong dengan berbagai-bagai sekatan dan ahli-ahli pun bising bersungut tetapi bila Perlembagaan telah dipinda dan membenarkan ada pula siara-suara sumbang mengatakan Presiden dan Timbalan tak perlu dicabar.

Kenapa takut sangat menghadapi pertandingan? Adakah ketokohan dan kebaikan Najib Muhyiddin 100% bagus? Tak ada cacat celanya? Apakah rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli UMNO masih mahu menjadi Pak Angguk atau seperti lembu dicucuk hidung? Kalau mereka ini tidak dicabar kemungkinan besar sifat-sifat dan perkara negatif yang berlaku selama ini akan terus berlaku. Justeru biarkannlah pertandingan berlaku. Kalau kedua-dua pemimpin ini masih mendapat kepercayaan dari ahli-ahli parti tanpa melibatkan politik wang, maka kekallah mereka,  tetapi jika sebaliknya,, terimalah padah !! - rahimothman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan