Sumber : Sinar Harian BANDAR
BAHARU - Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat
mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua
tahun lalu. Ketua Umno bahagian Semporna
itu berkata beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya masih
mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.
"Sekiranya ahli-ahli
Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan
jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun cuma nak pertahankan. Tidak kisahlah nombor berapapun asalkan naib
presiden," katanya kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka
Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas di Masjid Al-Falah kampung itu di
Serdang, dekat sini, petang semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen
Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk
Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.
Mohd Shafie berkata beliau yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun telah meningkatkan prestasi kawasan luar bandar selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - Bernama\

Tiada ulasan:
Catat Ulasan