Ahad, 22 September 2013

Malang,, Chin Peng tidak dilahirkan Melayu


Mayat mahupun abu mayat mendiang Chin Peng bekas orang kuat PKM khabarnya  tidak dibenar di bawa pulang ke Malaysia. Maka adalah beberapa pihak yang pro dan kontra,, antaranya mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Beliau menyatakan rasa kesalnya di atas   keengganan pihak kerajaan Malaysia tidak membenarkan mayat atau abu mayat  bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu dibawa pulang ke Malaysia. Menurutnya langkah ini adalah bertentangan  malahan mengingkari syarat pelaksanaan perjanjian damai diantara kedua-dua pihak satu ketika dulu (1989).  

Satu dunia tahu bahawa Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin kesemuanya adalah bekas pemimpin PKM satu ketika dulu. Kalau Abdullah CD dan Rashid Maidin dibenarkan pulang dan dilayan dengan baik kenapa layanan terhadap Chin Peng sangat jauh berbeza?... sehinggakan abu mayatnya pun mahu disekat masuk ke Malaysia? Sikap kerajaan Malysia khasnya pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan sangat ganjil dan tidak adil !!  Jelas, sikap dan semangat perkauman amat tebal dikalangan mereka.  Malang betul nasib Chin Peng dan keluarganya !  kerana tidak dilahirkan Melayu !!!   -   rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan