Selasa, 10 September 2013

Muak dengan UMNO atau pemimpinnya sama je !


Jazlan kata,, rakyat dah muak dengan UMNO. Nazri Aziz pula kata,, dia pun sekata dan sependapat dengan Jazlan…  Kah kah kah !  teman rasa semua ini wayang belaka. Masing-masing nak tunjuk depalah actor terbaik !!   Dekat-dekat nak PAU ini (Perhimpunan Agong Umno) ramailah pemimpin UMNO cuba nak tunjuk belang,,, biasa lah tu !..... dan kita tunggulah !  pasti akan ada lagi…..

Bercakap pasal muak ni,  sebenarnya rakyat sudah dua kali muak..  Pertama muak dengan UMNO,,, kedua muak dengan kenyataan-kenyataan  pemimpin UMNO –  sebagaimana yang diungkap oleh Jazlan dan Nazri kelmarin dan semalam.  Tak kiralah rakyat muak dengan parti UMNO atau pemimpinnya?..  dua-dua sama je !

Sebelum ini pun pihak pembangkang kerap kali melaungkan betapa muaknya rakyat terhadap UMNO.  Bahkan ada segelintir ahli-ahli UMNO dan bekas-bekas pemimpin UMNO pernah meluahkan ungkapan tersebut,,  jadi tak ada istimewanya kenyataan dua pemimpin UMNO ini.  

Kepada sekalian pemimpin dan ahli UMNO ! .. ini nasihat teman !   Kalau setakat menyatakan muak je tak guna.. lebih baik muntahkan betul-betul,, muntah sampai habis,  biar perut tu kosong dan bersih !!  Lepas tu pastikan yang masuk dalam perut tu benda-benda bersih ,  juga dari sumber yang halal – Jangan ulangi perbuatan buruk UMNO,, melantak hak Melayu, dan hak rakyat,, mengikis khazanah Negara sesuka hati. - Kemana ghaibnya lebih dari RM50 biliion saham bumi putra sampai sekarang belum terjawab!  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan