Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM – Keputusan Pas untuk mengkaji semula
tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) dalam PR bersama PKR dan DAP membuktikan
parti itu mempunyai berpendirian.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia adalah tindakan baik untuk melihat keberkesanan parti itu dalam pakatan tersebut. Menyokong kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan bahawa tahaaluf siyaasi haram dilaksanakan sekiranya mendatangkan kemudaratan, Asri berkata, ia adalah satu tindakan wajar.

“Ini
adalah satu tindakan yang bagus dalam mengatakan pendirian Pas. Ini juga membuktikan
mereka sentiasa menyemak kedudukan parti itu dalam PR. Bagi saya, semakan ini juga bagus untuk
mereka lihat sendiri sama ada kewujudan Pas dalam PR lebih berkesan untuk
berperanan dalam politik di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, jika penilaian membuktikan tahaaluf siyaasi yang dijalankan selama ini tidak menepati syarat dan bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan, mereka perlu buktikannya sebelum membuat keputusan. “Mereka perlu buktikan supaya kita dapat menilai semula sama ada ia hanya satu andaian atau perkara yang nyata,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan