Isnin, 16 September 2013

PAS PERLU KEKAL DALAM PR

Akhir-akhir ini ada segelintir pemimpin PAS berhasrat supaya PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam PR (Pakatan Rakyat).  Maksudnya apakah PAS perlu kekal dalam PR atau sebaliknya.  Bagi penulis sekiranya Pas mempunyai matlamat perjuangan jangka panjang iaitu untuk sama-sama mentadbir Negara maka adalah wajar bagi parti tersebut untuk terus berada di dalam PR.   
 
Kepada otai-otai PAS dan pemimpin muda PAS !.  Fikiflah beberapa jenak. Matlamat PAS bukanlah untuk menyelamatkan UMNO atau umat Islam Melayu semata tetapi lebih dari itu …. ISLAM FOR ALL !   Matlamat PAS bersama PKR dan DAP adalah untuk melahirkan sebuah Negara bermaruah,  berkebajikan,  menegakkan hak, kebenaran dan keadilan untuk semua !  Matlamat ini sudah semakin hampir – tidak jauh dari jangkauan.  Maka yang pasti adalah lebih banyak baik dari buruknya jika PAS meneruskan persefahaman bersama PR berbanding UMNOBN. Tidak perlu PAS memberi kepercayaan dan berbuat baik lagi dengan UMNO yang terbukti sikap mereka terhadap Islam penuh kepura-puraan @ hipokrit.

Pemikiran pemimpin-pemimpin seharusnya tidak lagi sempit seperti dulu-dulu, tidak terlalu jumud apa lagi ekstrim.  PAS perlu berubah,  maju dan bertambah dinamik. Dalam masa yang sama PAS wajib bersyukur dan berterima kasih kerana rakyat menyokongnya. Tidak mungkin PAS mampu untuk menang  bergaya sebagaimana yang berlaku di Selangor dalam PRU 13 baru-baru ini. Sokongan kuat dari masyarakat bukan Melayu begitu ketara,,, semua ini  takkan berlaku tanpa berkerjasama dengan PR. 

Berbalik kepada soal PAS perlu kaji semula kerjasama dangan PR atau tidak. Jawapnya  perlu, tetapi bukan untuk berundur sebaliknya memikirkankan langkah-langkah untuk menambahbaik lagi hubungan dan kerjasama itu. PAS jangan lupa kewujudan mereka bukanlah seperti sebuah NGO atau badan dakwah yang tak perlukan kuasa. Justeru  untuk mendapat kuasa dan berkongsi kuasa maka kerjasama dalam politik amatlah perlu. Tidak ada satu parti pun di Malaysia ini yang mampu berkuasa atau memerintah tanpa kerjasama dengan parti-parti lain.. ini hakikat !   Kepada pemimpin-pemimpin PAS fikirlah masak-masak !   Apakah Pas mampu menang banyak kerusi sekiranya ia keluar daripada PAKATAN RAKYAT ? - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan