Ahad, 1 September 2013

Saravanan minta ahli MIC bersatu


Sumber :  Sinar Harian                                                                 KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan telah meminta ahli parti untuk terus bersatu padu di bawah kepimpinan presiden parti Datuk Seri G. Palanivel.   Di bawah kepimpinan Palanivel, katanya MIC akan terus berjuang untuk kesejahteraan masyarakat India terutamanya dalam meningkatkan status ekonomi dan pendidikan kaum itu.

Pada penamaan calon presiden hari ini, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengekalkan jawatannya bagi tempoh tiga tahun sehingga 2016 apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti itu.

"Di bawah kepimpinan Palanivel, saya berharap usaha-usaha akan dipertingkatkan bagi menaik taraf status ekonomi golongan belia di negara ini," kata Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, kepada pemberita selepas penamaan calon presiden ditutup di ibu pejabat MIC di sini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan