Rabu, 1 Februari 2012

Chua Soi Lek cetus isu perkauman !


Siapa di belakangnya?  Apa pula tindakan pihak berkuasa?

Umno yang mendidiknya, Umno yang mengajarnya, termasuk Ibrahim Ali pengerusi PERKASA sebuah badan NGO Melayu yang begitu tebal semangat perkaumannya,  maka hari ini  terimalah hasilnya, di mana Dr Chua Soi Lek meneruskan keceluparan mulutnya yang boleh membuat rakyat Malaysia jadi panas dan resah. 

Terbaru Dr.Chua membuat satu kenyataan - menuduh DAP nak menubuhkan kerajaan Cina di Perak.  Lim Guan Eng setiausaha DAP yang terkejut dengan kenyataan itu bingkas menafikannya. Lim turut mendesak agar Chua didakwa.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Chua Soi Lek ini amat berbahaya, kerana terang-terang beliau nak menyemarakkan api perkauman. Dia mahu rakyat Perak bangkit untuk memberontak !! Dia mahu penduduk Perak terutama kaum Melayu timbul rasa marah, lalu mencetuskan perbalahan kaum sebagaimana  kejadian 13 Mei ’69. Apa-apa pun kita tak percaya adakah ini kemahuan Dr.Chua semata-mata?  atau ada sara ghaib dibelakangnya menyuruh beliau berbuat demikian?

Duhai PDRM atau kementerian dalam negeri ! Bertindaklah cepat sebelum nasi menjadi bubur !! Jangan tunggu lagi!, Buanglah imej buruk dan sikap double standard yang sudah begitu lama diberi oleh rakyat kepada PDRM.  Bertindaklah tanpa memilih bulu walupun ke atas orang BN sendiri ! Jangan segan untuk menyiasat atau menangkap si mata sepet bernama Dr Chua Soi Lek ini.  Barangkali Dr Chua teringin sangat nak hidup dalam penjara sebagaimana yang telah dialami oleh Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan ramai lagi !!

Oleh : rahimothman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan