Isnin, 6 Februari 2012

Lawak politik yang jarang kita dengar !


Apa-apa pun ia tetap lawak yang tak jadi lawak !

Tahun depan Zaid Ibrahim boleh masuk Raja Lawak 7 !,… Kanapa?. Sebab dia dah pandai buat lawak melalui kenyataan flip-flopnya! Mungkin niat pemimpin berasal dari Kelantan ini  bukan nak lawak, tapi mahu tak mahu dia dah jadi cerita lawak, walaupun tidak lucu ! .

Mula-mula dia kata nak bubarkan parti “KITA” pimpinannya. Tetapi selang beberapa hari dia mengumumkan pula tak jadi bubar !  Memang ada unsur-unsur kelakar !, namun tindakan Zaid bukanlah mengejutkan.

     Dulu dia pernah jadi ahli Umno, kemudian dipecat kerana melanggar disiplin parti. Lepas itu masuk PKR tetapi keluar semula kerana tak setuju dengan kepimpinan. Kemudian Zaid tubuh parti “KITA” ,.. tut-tut dua tiga hari lepas umum nak bubar parti.  Dan terbaru Zaid cuba spin keputusan awalnya dengan mengumumkan beliau tak jadi bubar parti “KITA”  Kan lucu?,.. tapi kalau masuk Raja Lawak 7 pasti tak menang !!
     Kalau beginilah perangai Si Zaid, jelas sekali beliau bukanlah seorang ahli politik sejati,  yang kuat semangat dan    berpegang pada prinsip . Berpolitik seolah-olah macam suka-suka je,  sekadar mengisi lapang atau kerana suka memegang jawatan.

  Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan