Selasa, 28 Februari 2012

Isu Khalwat : Umno guna skrip usang



Nampaknya Umno masih tak berputus asa untuk merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Najib selaku Pengerusi Umno Selangor seolah-olah mahu mengkotakan janjinya yang berbunyi “Kita akan melakukan walau dengan apa cara sekali pun” demi menjayakan hasrat tersebut. Tentu kita masih ingat apa Najib dah buat untuk merampas kerajaan Perak tidak berapa lama dulu. 

Sama juga di Selangor ! berbagai usaha telah dibuat,.. antaranya,.. satu ketika dulu mereka cuba memburuk-burukkan MB Tan Sri Khalid dengan isu lembu korban, dan isu kereta rasmi kerajaan,.. tapi tak jalan. Rakyat Selangor yang cerdik mengganggap isu itu macam sampah je!

Kemudian Umno Selangor menjaja isu pasir  dan juga isu air !,..  namun semua itu menjadi  senjata makan tuan,   lepas tu mereka memperalatkan Hasan Ali pula untuk memburuk PAS dan Pakatan Rakyat Selangor. Ini pun belum menampakkan kesan,  hasilnya masih suam-suam kuku !!

Terbaru,  Umno telah menggunakan skrip lama, iaitu sogok dan fitnah. Walaupun ini skrip yang sudah usang,  ia tetap dilakukan kerana ia telah menjadi darah daging Umno,  ia telah menjadi budaya parti Umno. Insan yang mereka jadikan mangsa kali ini ialah Dr Badrulamin Bahrom - anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR,  beliau juga adalah Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

Jelas sekali, Dr Badrulamin atau panggilan mesranya Ustaz Badrulamin cuba diperangkap, dengan menuduh kononnya beliau telah berkhalwat dengan dengan isteri orang. Siapa lagi yang memasang perangkap ini kalau bukan musuh PKR dan musuh Pakatan Rakyat?  Kalau tanya Najib pasti Najib menjawab Umno tak terlibat,.. itu semua orang cukup faham !,.

Yang menariknya, menurut Uztaz Badrul lagi,.. sebelum kes serbu dan tangkap ini berlaku, pemandunya telah didatangi oleh enam manusia perasuah untuk menawarkan imbuhan lumayan agar dia sudi bersubahat dengan kerja jahat mereka. Apabila melibatkan bab sogokan atau rasuah ini siapa lagi pelakunya kalau bukan Umno atau kuncu-kuncunya!  Beruntung Ustaz Badrul kerana mendapat seorang pemandu yang kental imannya!

Apa-apa pun tahniah kepada Umno, kuncu-kuncu, balaci atau pencacainya kerana anda tak pernah rasa malu dengan kerja kotor anda !!

Oleh : rahimothman, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan