Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang sewajarnya membuat pemantauan dan siasatan terhadap usaha-usaha atau cubaan memurtadkan orang Islam selaras dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Masyarakat berbilang kaum di negara ini mesti menghormati agama Islam yang telah diiktiraf sebagai sebagai agama rasmi persekutuan di samping setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing. Sebarang usaha untuk memurtadkan orang Islam semestinya ditentang !
Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menggesa Mais dan Jais melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan Dr Hasan Ali bahawa wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri ini tidak seharusnya dipandang enteng.
Dakwaan yang dibuat oleh Hasan teramat serius ! Ia boleh menggambar seolah-olah selama ini Jais dan Mais sangat lemah atau tidak berperanan. Antara dakwaan Hasan termasuklah penggunaan kitab Injil berkuasa solar dan isu mubaligh Kristian berpakaian jubah memasuki masjid, namun kesahihan dakwaan ini belum dibuktikan lagi !
Kepada pihak-pihak berwajib, selesaikanlah segera persoalan atau permasaalah ini !. Benarkah tuduhan ini? Sila kemukan bukti !! Jangan ada niat lain, jangan ada udang disebalik mi. atau ia bertujuan nak menaikkan sentimen marah orang melayu terhadap orang bukan Islam semata-mata.
Di dalam kemelut pilitik hari ini terutama sokongan terhadap parti pemerintah yang kian merudum, tidak mustahil Dr Hasan Ali yang dipecat oleh PAS baru-baru ini sudah dipengaruhi oleh Umno. Umno sentiasa mengambil kesempatan dan berniat jahat terhadap kebangkitan parti pembangkang! Peritiwa 13 Mei ’69 sudah membuktikan bahawa Umno sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan kuasa.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan