Apa yang Dr Hasan Ali dah buat selepas beliau dipecat amat mengejutkan ! Tindakannya yang melampau itu, sah merupakan tindakan membalas dendam. Roadshownya tak ada lain tujuan, melainkan nak memberi tahu orang ramai bahawa dirinya orang benar, manakala seluruh kepimpinan PAS tidak benar.
Dia buat roadshow konon nak bercakap pasal aqidah tetapi lain jadinya !! Banyak menghentam DS Anwar dan Pakatan Rakyat. Inilah diantara tuduhan-tuduhan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat setelah tak dapat jadi Menteri Besar Selangor dan tak dapat memegang apa-apa jawatan pun dalam PAS
1. PAS sanggup mengadai prinsip semata-mata nak memerintah. Sebenarnya PAS tak pernah gadai prinsip,.. cuma menukar taktik dan strategi. Itulah tandanya PAS semakin bijak dan matang, tidak bongok dan jumud seperti Hasan Ali. Malunya ! Hasan Ali yang ada Phd rupa-rupanya tak tahu beza antara prinsip dengan strategi.
2. PAS sudah tidak relevan kerana gulungan professional lebih ramai dari ulamak.
Hasan seolah-olah kurang selesa dengan gulungan profesional. Nampaknya cara berfikir si Hasan ni sama macam pemikiran PAS 50 tahun dulu- tak berubah! Sebenarnya PAS mahu menjadi sebuah parti yang diterima seluruh umat manusia, sebuah parti yang maju dan dinamik. Hasan jangan pura-pura tak tahu – gulungan profesional yang menyertai PAS adalah insan-insan yang beriman,.. tidak seperti gulungan professional yang bersekongkol dengan Umno.
3. PAS tidak peduli pasal akidah umat Islam
Maknanya kamu sorang saja yang peduli pasal akidah? Orang lain semua berpeluk tubuh? Jangan sombong Hasan ! jangan masuk bakul angkat sendiri ! Banyak lagi pihak-pihak lain yang terlibat, kenapa nak cari pasal dengan PAS? Pernah kamu bertanya? Apa-Raja2 dah buat?, apa JAKIM dah buat? Apa Persatuan Ulamak dah buat? Apa MAIS dan JAIS dah buat?
4. PAS dan PKR menjadi alat DAP. Hasan dah tak ada modal ! Ayat ini ialah ayat Umno, dia copy paste saja ! Dah 13 tahun ketiga-tiga parti ini duduk dalan Pakatan Rakyat, kenapa baru sekarang Hasan sedar PAS dan PKR jadi alat DAP? Kamu sebenarnya telah menjilat air ludah Umno kemudian kamu meludahkan semula kepada Pakatan !
Hasan jangan tak tahu!, Memang PAS dan PKR diperalat oleh DAP, tetapi dalam masa yang sama DAP juga diperalat oleh PAS dan PKR. Mereka sebenarnya saling memperalat. Tidak ada siapa buli siapa, seperti dalam BN. Sebab itu Pakatan Rakyat Berjaya mentadbir 4 buah negeri.
5. Pakatan Rakyat nak hapus institusi Raja2, dan nak jadikan Malaysia sebuah republik !.
Satu lagi ayat-ayat Umno, Hasan copy paste ! … Memang sesuai pun Hasan bercakap macam Umno, sebab Umno memegang kepercayaan Melayu itu Umno, Umno itu Melayu. Maksudnya Melayu PAS dan Melayu PKR bukanlah Melayu.! Jadi sebab itulah Hasan berani tuduh PAS dan PKR tidak perjuangkan bangsa dan Raja2 Melayu,.. satu alas an yang sangat bodoh !.
SEBENARNYA APA YANG BERLAKU KEPADA HASAN ALI HARI INI ADALAH SESUATU YANG AMAT MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI, Dia membawa kepada rakyat isu-isu lain, tetapi isu pemecatan, kenapa dia dipecat dia sorokkan. Keburukan dan sifat-sifat keterlaluan yang ada dalam dirinya sikit pun dia tak sebut. Dia salahkan PAS dan Pakatan, tetapi seribu satu macam keburukan yang dibuat pemimpin UmnoBn dia senyapkan..Sifat dan sikap munafiknya ini solid macam Umno!!
Oleh : rahimothman
Semoga sekelian Ummah di Malaysia ini diberikan Perlindungan dan Petunjuk oleh Allah dari manusia2 yang lidah bercabang seperti ini... setelah melakukan kesilapan, diberi amaran dan diambil tindakan, maka beliau sanggup menggadai maruah dan perinsip yg dilaung2kan dahulu demi melunaskan kehendak hawa nafsu dan egoistik yg tak mampu dikawal... Dula nada beliau lain tapi sekarann berbunyi lain... setelah tak dapat menerima kenyataan akan kesilapan beliau... sombongnya manusia ini..
BalasPadam