Selasa, 21 Februari 2012

'Jangan sampai Jati pecah lagi orang Melayu'


ZULAIKHA ZULKIFLI
22 Februari 2012

 
ALAM - Jalur Tiga (Jati) pimpinan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, wajar menggariskan dengan jelas pendirian perjuangan pertubuhan bukan kerajaan itu agar kemunculannya tidak membawa kepada perpecahan lebih teruk di kalangan orang Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno ini, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan menghindari perpecahan kaum Melayu daripada terus berlarutan.

"Mungkin Jati ialah (badan) mengenai agama. Jadi dia perlu nyatakan. Saya tak suka jika ada parti lain lagi yang akan memecahbelahkan Melayu.

"Kini kita sudah ada tiga, nanti ada empat, lima, enam (parti) sehingga menjadikan (Melayu) minoriti," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.  Jati dilancarkan di sini semalam oleh Hasan, yang dipecat dari Pas awal bulan lalu. – sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan