Cerita lanjut, sila baca - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0630&pub= Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Maksud Najib tu BN tak guna jalanraya untuk menang Pilihanraya. Betullah tu ! Memang tepat dan jelas ! Najib tak guna jalanraya sebab Najib dah guna Suruhanjaya (SPR) !! Najib tak perlu perjelas, rakyat dah tahu !! SPR terang-terang membantu UmnoBN.
Ini sebahagian dari kata-kata Najib,.. “ Terdapat sesetengah kerajaan mendapat kemenangan sehingga 95 peratus dalam pilihan raya. Saya pun suka kalau dapat kerana jika boleh saya pun mahukan angka 95 peratus itu. Tetapi saya tidak rela dapat sokongan besar atas penipuan.”
Tak rela menang dengan cara menipu kunun!,.. kah, kah ! kah!! Hantu raya dan jembalang tanah pun akan tergelak mendengarnya !! Cakap tak serupa bikin !! Hakikatnya - sudah terlalu banyak BN/SPR melakukan penipuan ! tetapi Najib masih mendakwa mereka tak pernah menipu ! Rakyat mahu dipaksa mempercayaainya. Teruskanlah meniupu rakyat ! Allah mengetahui apa yang kamu buat !
Ini kata-kata Najib lagi,..."Saya mahu BN menang kerana rakyat senang dengan kita, sebab itulah pada setiap masa kita sanggup berhadapan dengan pembangkang (setiap pilihan raya)," katanya ketika berucap sempena Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam ini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan etnik.
Setakat berkata ,.. sanggup berhadapan dengan pembangkang setiap kali pilihanraya tetapi tak sanggup berhadapan dengan ketelusan dan keadilan sebenar semasa pilihanraya semua orang Umno boleh cakap. Memang sudah begitu sikap pemimpin Umno. Bercakap pandai ! Berbelit dan membelit pun pandai !! Umno Najib sesuai benar digelar Si Penakut, Si Pembohong atau Si Munafik !!
Oleh : rahimothman