Ahad, 12 Jun 2011

TV3 ke TV3suku – kini TVumno


Demi menurut perintah dan kehendak pemerintah,  TV3 nampaknya sanggup berbuat apa saja. Soal maruah, kesopanan dan kesusilaan sanggup mereka campak ketepi!  Semua ini terbukti  semasa isu video seks sedang hangat diperkatakan beberapa minggu lalu.  TV3 begitu sibuk dan ghairah sekali menyiarkan berita yang kununnya menguntungkan Umno itu. Hari-hari berita dan video lucah tersebut dihighlightkan.

Cara TV3 melaporkannya pun amat jijik dan meloyakan!!  Dengan selamba dan rasa tidak bersalah TV3 memaklumkan kepada seluruh rakyat yang sedang menonton, inilah laman-laman web yang ada menyiarkan video lucah yang diperkatakan !! ,… papagomo, pisau.net,  anti PKR dan panglima harimau.   Nampak benar TV3 menyuruh penonton meninjau laman-laman web tersebut

Penonton TV3 yang terdiri dari berbagai lapisan tak kira, tua muda, pelajar sekolah mahupun kanak-kanak,  seolah-olah dipelawa untuk melayari laman-laman web lucah tersebut!  Kanak-kanak yang masih mentah akan bertanya siibu apakah bendanya itu semua!  Siibu mahupun si bapa akan terkedu untuk menjawab!.  Minda dan pemikiran si anak pasti menjadi kacau dan keliru. Kepada anak-anak yang sudah berakal sedikit  tidak mustahil mereka akan cuba mencari laman web yang dinyatakan. Tidakkah itu boleh merosakkan  jiwa dan akhlak mereka? Inikah yang dimahukan oleh pemimpin UMNO?  Gila sungguh TV3 !!

Begitulah dasyat dan jahatnya TV3  Tanggungjawab mereka untuk menjaga maruah TV3 sendiri diketepikan !   Tanggungjawab sosial yang sepatutnya untuk mendidik orang ramai dilupakan,  semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kehendak pemimpin Umno. Patut sangat pun TV3 ditukar nama kepada TV3suku atau TVumno

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan