Kepala ikan sudah busuk maka seluruh badan dan ekornya turut busuk.
Begitulah keadaannya dengan UMNO Selangor !
Gaji 10 tahun menjadi MB tak mampu mengumpul wang belasan juta ringgit!
Khir Toyo, bekas ketua UMNO Selangor dan bekas Menteri Besar Selangor sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat mengambilalih, kini sedang didakwa dimahkamah atas tuduhan rasuah.
Khir Toyo seharus menjawab dimahkamah bagaimana beliau boleh memiliki wang yang begitu banyak untuk membina rumah yang ala-ala istana itu .
Rumah tersebut yang dianggar bernilai belasan juta atau mungkin puluhan juta amat mengguris hati dan perasaan rakyat !! Masih ramai lagi rakyat yang susah dan hidup dalam kesempitan, tetapi rupa-rupanya pemimpin mereka mengumpul sebegitu banyak wang dari sumber yang meragukan !! Ini semua sepatutnya menjadi keinsafan dan pengajaran kepada orang Melayu Selangor khususnya penyokong UMNO agar berhati-hati memilih pemimpin, jangan taksub dengan pemimpin dan jangan menyokong lagi pemimpin yang rasuah !!
Sebenarnya masih ramai lagi pemimpin UMNO yang hidup bergelumang rasuah, cuma mereka belum ditangkap, cuba bersembunyi atau sengaja dilindungi oleh pihak yang berkenaan!!
Negara Malaysia akan bebas dari rasuah hanya setelah UMNOBN tidak lagi memerintah! Pastikan dalam PRU ke-13 nanti kita membuat perubahan ! HIDUP PAKATAN RAKYAT !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan