Jumaat, 3 Jun 2011

Yang penting pelaksanaan, bukan istilah

Sama ada istilah negara Islam  atau  negara berkebajikan bagi PAS ia tetap sama. PAS tidak pernah pun mencampakkan  hasrat negara Islamnya kemana-mana, malahan   tetap istiqamah dengan hasrat murni itu. 


PAS lebih selesa dengan istilah negara berkebajikan, dan akan terus berjuang untuk menyediakan iklim dan suasana sebenar sebagai sebuah negara berkebajikan dimana setiap rakyat akan menikmati kebajikan secara yang lebih adil dan telus!.                                                    

Yang penting bagi PAS ialah pelaksanaan, bukan istilah atau ungkapan!,  seperti yang kerajaan BN buat selama ini..... Contoh -  Islam Hadhari !!  apa hasilnya? Yang kita nampak semakin ramai remaja Islam yang berzina dan buang anak !  Slogan 1 Malaysia ! apa kesannya?   Rakyat semakin keliru dan berkecamuk !  Kenapa ?  sebab dalam masa yang sama Umno bersikap  Cakap Lain, Buat Lain !!  Isu perkauman terus dimainkan !,,...

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan !! ... Satu slogan yang hanya sedap diucap dan didengar. Hakikatnya - Kepentingan segelintir rakyat sahaja yang diutama dan didahulukan !!  tetapi keluhan, harapan dan permintaan majoriti rakyat diabaikan!

Sama juga dengan Rukun Negara. Kalau dulu ia kelihatan kukuh,cantik dan memberi kesan positif tetapi sekarang ini ia semakin tidak dihormati!  macam tunggul kayu !  Rukun Negara tidak dipeduli dan diamalkan lagi. Rakyat Malaysia semakin berani menyepak dan menerajanginya!!. Kenapa semua ini berlaku?  Semuanya kerana perbuatan yang telah dimulai oleh kerajaan BN khasnya pemimpin-pemimpin dan pengikut Umno sendiri.

oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan