Isnin, 27 Jun 2011

BN guna berbagai senjata, PR guna parang kontot !! adilkah ?


Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sebenarnya siapa yang berhak  mendakwa mereka adalah anak jantanBN  atau  PAKATAN RAKYAT?
Najib kata BN !  Kah, kah!, kah !!  Berbulu telinga kita mendengarnya !

Murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pun boleh jawab dengan tepat…Mereka pasti akan menjawab  Pakatan Rakyat adalah anak jantan sejati !  bukan BN seperti didakwa oleh Najib.     Kerana apa ?...  
Kerana BN setiap kali bersilat menggunakan senjata, sedangkan Pakatan Rakyat hanya dengan tangan kosong !!  Pun begitu Pakatan Rakyat masih mampu meneruskan perjuangan walaupun luka dan berdarah di sana sini. Tahniah PKR ! kerana sesungguhnya anda memang anak jantan

Seperkara lagi,  dalam BN banyak terdapat manusia-manusia lembik menyerupai katak dan sesumpah.  Apa yang nak dibangga oleh Najib dengan spesis-spesis yang sebegini?  Anak jantankah mereka?

Menurut Najib,  Pakatan Rakyat bukan anak Jantan hanya kerana PR terlibat dengan perhimpunan aman “BERSIH 2” tajaan NGO.   Persoalannya!  seperti yang telah diketahui umum,..  apakah menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk kepentingan UMNOBN itu sikap seorang anak jantan? Apakah mengunakan SPR untuk dapat kemenangan itu sikap anak jantan?  Anak jantankah UMNOBN  kalau PDRM digunakan semahu-mahunya?  Anak jantankah UMNOBN apabila setiap kali tersepit, nama Agong cuba dikaitkan? . Apabila soalan-soalan begini dikemukakan pasti pemimpin-pemimpin UMNO akan memalingkan muka atau memekakkan telinga !

Jestru,  kalau Najib bukan anak jantan, confirm !!  seluruh pemimpin bawahannya bukan anak jantan, dan kerajan UMNOBN juga bukan anak jantan!! .Jadi apakah gelaran yang sesuai untuk mereka?
Faham-faham lah !,  kita tak mahu sebut!  Kalau sebut,  nanti bik mama tersinggung !!

Sebagai perbandingan
Sejak mula memerintah,  kini sudah separuh abad,  kerajaan BN  ibarat tentera Portugis yang melanggar/ menyerang Melaka pada 1511.  Mereka menyerang dengan menggunakan senjata yang jauh lebih canggih.(seperti kerajaan BN menggunakan seluruh jentera kerajaan)
Rakyat dan tentera Melaka cuma menggunakan keris dan tombak !!  Maka tidak menghairankan apabila kerajaan Melaka terpaksa bungkus!  tumbang !!

Tetapi rakyat Malaysia hari ini tidak mahu menjadi seperti Melaka !  membiarkan Melaka dijajah hingga ratusan tahun!!  Sebab itulah seluruh rakyat perlu bangkit.  Bangun dan berkumpul  bukan bermaksud  bangun memegang senjata!! tetapi bangun melaungkan kata hati. Rejim UMNOBN yang memerintah ala-ala penjajah seperti suatu masa dahulu perlu mendengar suara hati rakyat dan perlu berubah. Jangan sampai rakyat memilih jalannya sendiri !

Caranya cukup mudah!, cukup selamat ! Rakyat hanya mahu SPR berlaku adil dan telus !!
Susah sangatkah SPR menunaikan kehendak rakyat ?  Bodoh sangatkah rakyat kita semata-mata kerana menyokong perjuangan “BERSIH”?   Kenapa rejim UMNOBN begitu takut dengan tuntutan ini? Kenapa SPR dan UMNO menyerang balas terhadap “BERSIH”?  dengan tuduhan yang bukan-bukan?

Sedarlah SPR dan UMNO !  bahawa perjuangan rakyat ini cukup bersih dan murni? Rakyat berjuang untuk rakyat !  bukan untuk kepentingan mana-,mana pihak !!                                                         Istilah memberontak,merusuh. menderhaka atau membuat kacau bilau tiada dalam kamus perjuangan “BERSIH”

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan