Khamis, 9 Jun 2011

MAHATHIR HIPOKRIT! PEMBOHONG BESAR !!

Mahathir baling batu sembunyi tangan. Sendiri berak ditengah jalan tuduh orang lain !!

Selepas selesai Muktamar PAS kelmarin bertubi-tubi pemimpin UMNO memberi komen yang kununya PAS sudah menggadaikan hasrat mereka untuk menegakkan agama Islam !  PAS juga didakwa sudah menolak pimpinan ulamak !!
Tahniah PAS!  Kerana tidak melayan cemuhan-cemuhan bodoh dari pemimpin UMNO yang biul lagi bengap!

Sebenarnya semua pemimpin UMNO menembak PAS dengan peluru kosong. PAS tak rasa apa-apa pun malah tubuh pemimpin UMNO sendiri yang sakit dek gegaran senapang patah mereka. 

Isunya : Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mendakwa Karpal Singh berjaya halang PAS menegakkan negara Islam !  Walhal dakwaan itu hanya dusta!  Itu cerita lima belas tahun dulu, cerita dah basi dimana Karpal pernah membuat gertakan kosong kepada PAS, (Langkah mayat saya dulu, kalau PAS mahu …..)

Biasanya benda basi orang akan buang dan tak ada satu manusia yang sanggup makan barang basi. .
Hakikatnya DAP sekarang bukan macam dulu lagi, Karpal sekarang bukan macam Karpal dulu lagi. Dunia sudah berubah, banyak benda sudah berubah. DAP kini sudah boleh duduk serumah dan tidur sebantal dengan PAS.  Ini sebenarnya yang membuatkan UMNO terlalu takut!.

Dakwaan Mahathir bahawa Karpal Singh berjaya halang PAS tubuh Negara Islam bukan saja tidak benar malah telah menempelak muka Mahathir sendiri sebab hakikatnya Mahathirlah orang pertama
yang berjaya menghalang niat murni PAS itu,  bukan Karpal Singh!

Mahathir mudah lupa !!  tetapi rakyat Kelantan tetap tidak lupa! Kerajaan PAS Kelantan satu ketika dulu sudah pun bersedia untuk melaksanakan hudud. Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Tetapi di saat-saat akhir siapa yang menghalang dan mengugut?  Dengan kuasanya sebagai PM ketika itu  Mahathir menghantar surat kepada Nik Aziz bukan sekadar membantah, malah memberi AMARAN KERAS kepada kerajaan Kelantan.

Tiba-tiba hari ini Mahathir mendakwa dan mengiktiraf Karpal Singh sebagai orang yang berjaya menghalang cita-cita PAS. Pembohong besar Tun ini!!

UMNO pura-pura suka Negara Islam dan pimpinan ulamak !

Dakwaan atau tuduhan Mahathir dan pemimpin UMNO memang tidak berasas! PAS tidak pernah sekali pun berniat untuk menggugurkan hasrat merealisasikan Negara Islam!  cuma mengubah cara dan pendekatan untuk mencapai kearah itu.  Sebab itulah sehingga kini kita belum dengar pun suara bantahan dari ahli atau penyokong PAS ! jika benar soal Negara Islam itu sudah dikuburkan !!

Kenapa UMNO menjadi amat  resah? dan sejak bila UMNO seolah-olah berminat dengan Negara Islam dan kepimpinan ulamak?, sedangkan selama ini mereka tidak peduli langsung, malahan menghalang suara ulamak?.  Jawapannya cukup mudah ! Itulah sikap sebenar pemimpin UMNO, tiada pendirian dan suka berdolak dalik!!  Mereka ibarat sesumpah !,  boleh bertukar warna mengikut suasana dan keadaan!

Tentang Mahathir semua orang sudah tahu. Hatinya keras macam batu. Egonya terlalu tinggi tak pernah turun sedikit pun. Kalau dia kata putih, putihlah, kalau kelabu kelabulah walaupun orang lain melihatnya hitam!!  Lagi satu sikap buruk Mahathir,..dia suka tunjuk pandai tetapi dalam masa yang sama dia tak mahu ada orang lain lebih pandai darinya! . Dengan tidak adanya orang lain yang lebih pandai maka berjayalah Mahathir membolot kuasa selama 22 tahun. Sebab itu apabila dia melihat Anwar satu-satunya orang yang boleh menyaingi kebolehannya, maka Anwar terpaksa dipancungnya dengan kejam -

Anwar sudah pun diiniaya dan dizalimi oleh Mahathir tetapi yang peliknya kenapa sehingga kehari ini Mahathir masih mendendami Anwar dan mengistiharkan Anwar adalah musuhnya nombor satu. Semoga Mahathir sempat bertaubat dan sempat meminta maaf kepada Anwar sebelum matanya tertutup rapat.

Oleh : rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan