Rabu, 15 Jun 2011

SIAPA BETINA INI YANG MAHU PINGAT ANWAR DITARIK?

Oleh: WFAUZDIN NS
UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini, " Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya.
/ wfauzdin.blogspot.com
WFAUZDIN NS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan