Khamis, 16 Jun 2011

UTUSAN MALAYSIA MELAMPAU !!

Isu kartun hina Islam : Utusan bertindak sesuka hati!                 Apa tindakan KDN ?  dan apa pula reaksi  JAKIM,  PUM ?


Lepas satu, satu !  Utusan Malaysia tak sudah-sudah menyakitkan hati masyarakat Islam khususnya orang Melayu. Sebelum ini mereka ( utusan ) membangkitkan api perkauman dengan berita yang tidak benar kununnya paderi kristian bersama pemimpin DAP bersepakat hendak menjadikan  kristian sebagai agama rasmi Malaysia…MasyaAllah!  Satu tuduhan yang melulu! dan tidak bertanggung jawab!!  Alhamdulillah,  petrol yang disiram oleh Umno melalui  utusan itu tak disambar api !!

Terbaru,.. utusan menyiarkan kartun yang dialognya mempersendakan hukum Islam mengenai bab tuduhan zina atau rogol. Kita sedar, niat mereka hendak menyindir Pas. padahal Pas bercakap perkara yang benar tentang hukum.  Apakah mereka beranggapan  Islam anutan Pas dan Islam anutan Umno itu berbeza?

Hakikatnya orang Melayu di Malaysia adalah menganut Islam yang satu!  Dan amat memalukan apabila orang Melayu Islam  yang menjadi pemilik akhbar utusan itu sendiri dengan sewenang-wenang nya telah mempermain dan mempersendakan agama Islam. Kita tumpang malu kerana perbuatan mereka telah menyebabkan orang Melayu dan orang Islam diperlekeh serta diketawakan oleh kaum-kaum lain.

Sesungguhnya perbuatan Utusan Malaysia itu amat melampau ! dan tidak beretika! Kerana hendak membela Umno mempertahankan pengaruh dan kuasa,  mereka sanggup membuat apa saja. Mereka lupa  Islam adalah agama rasmi negara ini?  Mereka lupa mereka juga adalah penganut Islam?

Kementerian yang berkenaan, KDN tak buat apa-apakah dalam hal ini? Ini isu sensitif!.  Apa pula komen atau tindakan JAKIM ?  Apa kata Majlis Fatwa?  PUM, Persatuan Ulamak Malaysia ? Majlis Agama Islam Negeri-Negeri?   Sanggupkah mereka melihat hukum hakam agama Islam dipersenda begitu rupa?  Jamil Khir memejamkan mata dan memekakkan telinga saja kah??

Tahun lepas (2010) rakyat Malaysia beragama Islam tersinggung apabila TV3 siarkan iklan sambutan aidilfitri yang bercanggah dengan Islam.  Hari ini utusan Malaysia menggunakan kartun karikatur untuk mempersenda hukum qazaf dalam Islam dan kita percaya semua ini dilakukan oleh editor2 besar di utusan,  atas arahan pemimpin2 umno yg munafiq dan fasiq.

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan