Ada kerja ada upah, ... atau saja-saja intai peluang cari makan kut !! Tiba-tiba saja blogger sorang ni buat kecoh !
Suasana pemilihan PAS 2011 ini tak jauh beza dengan suasana pilihanraya. Banyak pihak cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri atau untuk pihak yang disokong !! Blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abd Aziz tak ketinggalan.
Sebelum ini pun dah banyak kerenah yang ditimbulkannya berhubung dengan kepimpinan kerajaan Kelantan khasnya terhadap exco kerajaan negeri Kelantan YB Husam Musa.
Terbaru beliau mendakwa telah menerima wang sebanyak RM300,000 daripada YB Husam Musa. Barangkali tujuan dakwaan itu untuk menjejaskan kredibeliti YB Husam sekali gus menghalang kemaraannya dalam pemilihan PAS 2011 yang sedang berlangsung kini. Mujur kepimpinan PAS dan Husam Musa sendiri tidak melatah! YB Husam telah membuat penafian.
Sebagai seorang wakil rakyat yang amanah dan berfikiran waras, dengan wang sebanyak itu sudah tentu YB Husam akan hulur kepada yang lebih memerlukan / rakyat miskin !
Apakah jadahnya YB Husam nak beri wang sebanyak itu kepada Blogger yang boleh disifatkan sebagai Blogger separuh gila atau Blogger Pengemis yang tak punya pendirian itu? Langsung tak masuk akal !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan