Sabtu, 25 Jun 2011

Si Kambing Jantan ini terus menyondol !

Setiap kenyataan yang dibuat oleh Si Kambing Jantan Tua ini memang tak mengejutkan, sebab dari awal-awal lagi dia sudah memaklumkan kepada umum yang dia percaya 110 %  pelakun video lucah itu adalah Anwar !

Dato’ Johari Abdul yang sudah tengok video itu tidak percaya pelakun lelakinya adalah Anwar, tetapi si Zul munafik yang belum tengok pula percaya melebihi seratus peratus. Itulah tandanya manusia munafik dan pendendam!  Marah dan busuk hatinya kepada DS Anwar mendahului fakta dan kebenaran. 

Hari ini Si Zul Kulim ini terus menyalak !,..  ibarat seekor Kambing Jantan miang yang tak habis-habis nak menyondol si Betina!.  Dalam isu video lucah, dimana Trio Datok T mengaku bersalah di mahkamah kelmarin,  Si munafik ini terus menyerang Anwar dengan cara menghukum dan mempersendakan Anwar.   Meluatnya aku bila terbaca blognya  http://zul4kulim.blogspot.com/   bertajuk – DAH TERANG BERSULUH PULA !

Secara ringkasnya beliau menyokong niat dan perbuatan jahat perbuatan  Datok T. Ini termasuk pendedahan dan penayangan  video lucah serta sumpah laknat mereka !  Si Tua berjanggut ala-ala kambing jantan ini turut juga bersetuju dengan laporan pakar dari Amerika Syarikat yang mengesahkan lelaki didalam videoklip tersebut ialah Anwar Ibrahim. (tidak menyebut – mirip Anwar Ibrahim)

Jestru beliau mendesak DS Anwar mengaku dan berterus terang saja walaupun Anwar sebenarnya tidak pernah melakukan kerja kotor itu. Beliau juga mahu Anwar berundur dari politik dan meletak semua jawatan terutama sebagai ketua pembangkang ! Kembalilah kepada Islam dan bertaubatlah Anwar !,   katanya lagi.   Wah ! kalau mendengarkan kata-kata dan nasihatnya seolah-olah beliaulah manusia yang paling bersih dan  warak di atas muka bumi ini.!

Sebaliknya seluruh rakyat tahu dan mengenali Zul adalah ahli politik yang paling munafik!,   sering bercakap bohong! . Malahan bila bercakap, dengan selamba dia menggunakan hujjah agama walhal ilmu agama nya cukup dangkal ! Sepatutnya dia lah yang bertaubat ! bukan Anwar.

Selama lebih sepuluh tahun beliau bersama dalam perjuangan keadilan, perjuangan refomasi dan selaku salah seorang peguam bela Anwar yang amat disegani pada suatu ketika dulu tetapi setelah dibeli oleh Najib segala-galanya berubah dengan sekelip mata!.  Itulah Zulkifli Nordin seorang ahli parlimen yang pandai berputar belit, gadai maruah diri  dan seharusnya pengundi-pengundi di kawasannya mencampaknya kelaut selepas ini!!

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. kembali kepada Islam macamana zul ooi yang hangpa buat tu tak mengikut Islam. Jangan dok putak belit la.

    BalasPadam