Ulamak tersohor ini bersuara lagi. Menurut laporan Malaysiakini - Mufti Perak ini menyifatkan Dato’ S Ambiga dilihat cuba berlagak sebagai 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Kalau Dato’ Harussani bercakap bagi pihak Umno kita tak terkejut !, tetapi jika beliau bercakap sebagai seorang ilmuan Islam yang berjawatan Mufti, maka kenyataannya itu susah kita nak terima. Nampak jelas ia berbau politik! dan senada dengan kenyataan pemimpin Umno. Dato’ kata perhimpunan itu haram? Pengertian haram dari sudut pandangan Umno lain Dato’ !! Dari sudut agama juga lain ! Agaknya Dato’ memandang dari sudut politik Umno! Biasalah !! Umno suka menghalalkan yang haram! dan dalam isu terbaru Umno mengharamkan yang halal !
Hari ini nampaknya seluruh pemimpin Umno dan Dato’ sendiri begitu fobia dengan wajah Dato’ S.Ambiga selaku teraju utama perhimpunan “BERSIH” Celik saja mata asyik nampak muka Ambiga !, Anwar !, Azmin !, Mat Sabu dan lain-lain tokoh pembangkang!
Cubalah Dato’ melihat lebih jauh dengan menggunakan matahati ! Ada berjuta muka rakyat di sebalik wajah Ambiga, mahupun Anwar Ibrahim. Ada berlambak kes salahguna kuasa oleh SPR yang belum dibersihkan! . Ada menimbun kes penyelewengan dan rasuah oleh pemimpin dan kerajaan UmnoBN yang Dato’ buat tak kisah! Masihkah Dato’ mahu mengiakan tindak-tanduk Umno, SPR mahupun SPRM??
Menurut Datok Mufti ini lagi,…. “ Tindakan Ambiga seolah-olah mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah,"
Imej kerajaan memang dah jatuh teruk pun! bukan oleh Ambiga / “BERSIH” tetapi oleh pemimpin UmnoBN sendiri ! Tidakkah kes pembelian kapal selam melalui bawah meja yang hebuh diperkatakan selama ini telah menjatuhkan imej Negara? Bukankah penglibatan PM dengan kes pembunuhan wanita manis dari Mongolia itu juga amat memalu dan menjatuhkan imej Negara?
Dato’ kata perhimpunan “BERSIH” tidak mendatangkan faedah !! Bukan tak berfaedah Dato’ ! Ada banyak faedah dan besar sekali manafaatnya kepada rakyat apabila tuntutan rakyat melalui “BERSIH” ini ditunaikan oleh SPR. Yang Dato’ beria-ia sangat nak bersekongkol dengan Umno dan SPR itu kenapa. Dapat habuan? Dapat projek? Janganlah mata Dato’ mudah menjadi kelabu !.
Sepatutnya Dato’ bersimpati dengan rintihan dan keluhan hati rakyat. Dato’ orang berilmu ! amat memalukan jika sikap dan pendirian Dato’ sama macam pemimpin Umno. Janganlah Dato’ meletakkan diri Dato’ setaraf dengan Ibrahim Ali !! Nasihat saya,..Kalau Dato’ anak jantan tolong bersuara sedikit sahaja !,… Desak Umno dan SPR supaya penuhi permintaan rakyat !! Kalau Dato' tak mahu, jangan salahkan sesiapa jika "BERSIH" bangkit membuat desakan !.
Oleh : rahimothman
baik datok mop-ti pi jaga kes ramainya anak2 haram sekarang nih... lagi baik dari dok merapu bercakap nak jilat amno laknatullah... ada niat nak dpat bintang lagi ker datok mop-ti
BalasPadam