Balasan di dunia mereka tak takut! kerana sang pemerintah dan sang penguasa hanya ibarat seorang bapa. Lebih-lebih pun si bapa akan merotan sianak yang membuat salah. Kemudian si bapa pujuk! habis cerita. Kalau bernasib baik si bapa tidak merotan pun, cuma marah-marah sayang !
Itulah yang dapat kita faham dan lihat terhadap Trio Datok T yang mengaku bersalah menayang video lucah!. Mereka cuma dihukum denda RM 5,500. Mereka berbangga dan tersenyum puas! kununnya berjaya menegakkan Islam !? dan berjaya menegakkan keadilan !?
Satu persoalan yang bermain di kepala kita !.. Islamkah mereka ini? beriman dan bertaqwakah mereka?,,… Wallahhu’alam, tetapi kalau melihat dari zahirnya entahlah !!!..amat meragukan !!..
Yang kita benar-benar nampak mereka bertiga ini seolah-olah tak pernah gentar ! malah tak pernah nampak rasa takut pun pembalasan dari Allah. Memang, kadang-kadang balasan Allah diatas muka bumi ini kita tak nampak , tetapi balasan di akhirat adalah sesuatu yang pasti !
Boleh jadi mereka ini ilmu agamanya amat dangkal, nak belajar menambah ilmu tak ada masa, sibuk mengejar bisnes, mendengar nasihat alim ulamak tak mahu !, maka kekallah mereka dalam kejahilan! Mungkin mereka beranggapan hidup ini ibarat kehidupan seekor katak! dan bila mati pun dipanggil mati katak, yakni mati yang tak berkubur! Kalau mati tak berkubur mana mungkin mereka boleh percaya wujudnya ‘alam kubur? Bagi mereka tak mungkin !!,.. mana ada ‘alam kubur ! mana ada ‘alam mahsyar!, dan mana ada ‘alam akhirat,!! Dosa pahala mereka tolak tepi apatah lagi untuk mengakui adanya syurga neraka!!
Barangkali begitulah kepercayaan ketiga-tiga Datok T ini, sebab itu mereka sanggup berbuat apa saja. Mereka buat perkara yang menyalahi hukum dan budaya, kemudian mereka berbangga! Mereka berbohong dan berdusta lepas itu mereka bermegah ! kununnya mereka nak menegakkan agama. Rakyat yang bodoh bin baghal pula turut menyokong, sebab itulah mereka menunjukkan isyarat bagus - seperti dalam gambar.
Itulah tanda dunia sedang menghampiri akhir zaman. Dunia nak kiamat !, tetapi sempatkah mereka yang munafik dan kufur ini bertaubat?
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan