Selasa, 28 Jun 2011

Kenyataan dangkal dan niat jahat seorang Perdana Menteri


Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara. Satu kenyataan yang amat bengap, biul,  tidak ikhlas,  berniat jahat dan tak berasas sama sekali.

Mari kita imbau himpunan “BERSIH 1” yang lalu… Agak-agaknya mengikut statistik polis, berapa ramai  rakyat Malaysia yang mati akibat perhimpunan aman itu? Berapa ratus rakyat yang cedera parah atau pengsan?   Rasa-rasanya tak ada !!  Yillek ! 
Kalau dah namanya pun “BERSIH” maka realitinya juga pasti bersih !!  Yang mengotorkannya ialah polis sendiri !

Jika  ada pun peserta perhimpunan yang cedera  boleh dibilang dengan jari. Itu pun kerana dibelasah dengan sengaja oleh polis dan FRU !  Jadi, kenapa Najib nak berbohong,  kenapa Najib nak menafikan matlamat murni  “BERSIH”  Kenapa masih nak menakut-nakutkan rakyat?

Ini secebis dari petikan kata-kata Najib,….
“Mereka ingin mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0,…  bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil, tetapi nak buat huru-hara.”

Tujuan perhimpunan “BERSIH 2.0” ini sebenarnya amat jelas, iaitu menuntut SPR bertindak adil dan telus sebelum, semasa dan selepas proses pilihanraya dijalankan!  cuma Najib saja yang saja-saja buat tidak faham!!   Kalau Najib anak jantan tunjukkanlah keberanian !  tunjukkanlah kejantanan sebenar !!  Bukan asyik berdolak dalik dengan memberi berbagai alasan.  

Najib tidak wajar menafikan keikhlasan  kehendak rakyat !!  Najib tidak seharusnya membuat kenyataan-kenyataan balas yang bersifat menyerang.  Kalau Najib menyerang “BERSIH” bermakna Najib juga menyerang rakyat !   Sedarlah Najib !!  Rakyat Malaysia sudah semakin cerdik!  Rakyat meminta sesuatu yang baik,  salahkah? Tunaikanlah saja kehendak rakyat! Tunjukkan kepada rakyat, Malaysia benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi ! dan keadilan !

 Kalau kita nak bermain bola,  bermainlah di padang yang sama rata. Kalau hanya Najib dan geng-gengnya saja yang bermain bola di padang yang rata sedangkan pihak lawan bermain di padang yang lekuk lekak, penuh duri dan ranjau anak jantan ape ke bendanya itu ? Adil kah begitu ?

Kalau dah tak mahu bersikap adil lebih baik buangkan saja lambang dacing itu !!  Dacing Baghdad itu dah tak boleh pakai lagi zaman ini. Gantikan saja dengan lambang buah durian !! baru betul dan sesuai !  Menepati dengan sikap UMNOBN yang gagah dan sombong !  Selama ini lawannya yang ibarat timun,.. dihimpit kena menghimpit pun terkena !!

Semoga lambang keris dan dacing akan berkubur !!,..  HIDUP PAKATAN !,  HIDUP RAKYAT !!

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. pm yang tak berwibawa! sungguh malang nasib rakyat malaysia.

    BalasPadam