Bersikap pilih bulu ketika hendak menangkap dan mendakwa!
Terbaru PDRM tangkap enam anggota sendiri, real atau lakunan ? belum pasti!
Yang paling mereka tak sanggup ialah mendakwa pemimpin Umno!
Enam anggota polis ditahan, termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 an.
Berikut adalah petikan komen Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim
"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952,"
“Dengan penangkapan ini membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah”
“Dengan penangkapan ini membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah”
"Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya.
Betulkah tindakan undang-undang akan diambil kepada sesiapa saja tanpa memilih bulu ? Ayat begini rasanya sudah kerap kita dengar sama ada dari pegawai tinggi Polis atau pun KPN sendiri!. Yang kita tahu, tindakan keatas pegawai polis yang melanggar undang-undang lain!, tindakan keatas orang awam lain! dan tindakan keatas pemimpin Umno lain !! Semuanya ini telah terbukti ! kerana rakyat Malaysia tidak pekak, tidak bisu!. Mereka boleh melihat, mendengar dan berfikir!!
Nampaknya PDRM tak habis-habis mengeluarkan kenyataan yang bersifat pembohongan! Cakap lain buat lain!. Kes tiga datuk T yang menayang video lucah macammana? Sampai bila orang ramai mahu diperbodoh oleh PDRM ? ! Sedarlah ! bahawa orang ramai cukup bosan dengan sikap hipokrit dan double standard PDRM selama ini!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan