Hilang kemuliaan, timbul kehinaan !!
Inilah akibatnya kalau mengkhianati perjuangan parti. Dulu beliau ini bolehlah dikatakan diantara gulungan cerdik pandai dalam PKR, tetapi oleh kerana sikap tak sabar dan bosan dalam perjuangan yang tak mendatangkan habuan segera. akhirnya dengan selamba dan tebal muka beliau dan beberapa rakan yang lain meninggalkan parti.
Tetapi kini apa yang mereka kejar dah dapat atau belum wallahhua’lam !!. Apa yang pasti kehadiran mereka kedalam Umno kelihatannya macam ada serupa tiada atau ibarat melukut ditepi gantang. Kesian pulak dengan dengan Si Roslan Kasim ni.!!
Orang bercakap dia pun nak bercakap, last-last apa yang dicakap merapu, dan tidak berasas. Nampaknya Roslan Kasim yang suatu masa dulu hujahnya amat berapi bernas dan memukau, kini dah jadi macam hampas !! Dulu semasa dalam PKR anda adalah diantara pemidato hebat bersama Ezam, Lokman Nor Adam dan beberapa yang lain. Tetapi setelah anda terjun semula kedalam Umno parti Tong Najis itu kredebiliti dan ketokohan anda hilang ghaib, barangkali sudah diresapi oleh air najis dan seribu satu macam kekotoran!!
Kini anda seolah-olah nak tunjuk hebat semula, tetapi yang terserlah ialah reaksi bodoh dan komen bangang anda !! …Anda sebenar telah membuat satu cabaran yang bodoh kepada YB Husam Musa. Isunya; dalam temubual diberita TV, anda mencabar YB Husam Musa exco kerajaan negeri Kelantan, agar mengaku ada memberi wang sebanyak RM350,000 kepada Blogger Kickdifella atau menyaman Blogger tersebut sekiranya beliau berbohong.
Begitulah komen atau saranan Roslan Kasim dalam isu ini, tetapi malangnya Roslan tidak pula mahu mencabar Kickdifella supaya mengadu hal tersebut kepada SPRM? Jadi nampaknya dalam isu ini Kickdifella dan Roslan Kasim macam tidak ikhlas !!
Apa-apa pun YB Husam tanpa membuang masa telah membuat penafian! Menurutnya beliau bukan bodoh untuk memberi wang sebanyak itu kepada orang yang tak tentu hujung pangkal politiknya! Lagi pun beliau tidak pernah memiliki wang sebanyak itu. Jadi siapa yang berbohong ? Husam atau Blogger pengemis itu?
Seperkara lagi,…Kenapa benda ini tiba-tiba saja ditimbulkan dan bertepatan pula dengan saat PAS hendak mengadakan Muktamar 2011? Kita yang waras dan berakal tentu boleh membuat rumusan,.. apa tujuan Kickdifella berbuat demikian!! Jawapannya mudah,….Bulan sudah cukup terang dan kita tak perlu bersuluh lagi.. Kepada semua ahli perwakilan PAS kita ucapkan selamat bersidang !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan