Jumaat, 10 Jun 2011

PM CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!?

Petikan ucapan Dato’ Seri Najib,….
 
"Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di sini semalam.

Bagus bunyinya ucapan PM kita kali ini !!  Tetapi adakah dia sedar atau baru nak sedar bahawa selama ini apa yang Kerajaan BN dah buat ??  Terlalu banyak penyelewengan! Terlalu banyak kemungkaran terhadap agama Islam!!   Selama ini adakah Najib tidak tahu bahawa   Islam melarang pembunuhan !  Islam melarang fitnah!!   Islam melarang judi dan arak! ,  Islam melarang pembaziran!   Islam melarang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Islam melarang pemerintah menzalimi rakyatnya ?.  

Semuanya ini telah berlaku dan sedang berlaku dalam kerajaan pimpinan Najib!  Kalau Najib dah betul-betul sedar dan insaf,  Syukur Alhamdulillah !!  Selepas ini rakyat akan melihat apakah perubahan akan berlaku. Harap Najib tidak menjadi seperti burung tiong !

Rakyat sebenarnya insyaAllah, boleh berubah!, boleh kembali kepada ajaran Islam sebenar! Tetapi Kerajaan Najib seharusnya menjadi contoh terlebih dahulu!  Kalau kerajaan sendiri masih tidak kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar ,  maka sah !!  Najib adalah seorang pemimpin yang hanya pandai berkata-kata,  tetapi dia sendiri tidak faham apa yang dia cakap!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan