Perhimpunan “BERSIH” semata bertujuan untuk mendesak SPR supaya lebih adil dan telus dalam melaksanakan peranannya! itu saja. “BERSIH 2.0” bukan untuk membuat rusuhan atau memberontak seperti yang digembar-gemburkan!
Merujuk kes seorang pemuda ditahan kerana memakai baju bercetak – BERSIH 2.0
Berita lanjut, lihat disini - http://bloglistpolitik.blogspot.com/
Seorang pemuda memakai baju kuning berlogo “BERSIH” sedang minum di sebuah kedai kopi di Shah Alam – ditangkap polis !
Seorang lagi pemuda memakai baju yang sama pergi kebalai polis menziarah kawan yang ditangkap, polis buat selamba je! Tak tangkap pun !
Terbukti, ini menunjukkan tak ada salahnya memakai baju berwarna kuning bertulis “BERSIH” di mana-mana tempat pun. Tak kiralah apa niat di hati si pemakainya, .. kalau niatnya benar-benar bersih menyokong perjuangan BERSIH semata-mata hendak menegakkan keadilan, Alhamdulillah ! Kalau dia sengaja suka-suka hendak memakainya pun alhamdullah! Tak ada salahnya !
Yang salah ialah Umno ! kerana tak mahu membela kebenaran! Umno tak mahu menegakkan keadilan. Dan yang paling takut juga adalah Umno, kerana kalau kebenaran dan keadilan ditegakkan, mereka percaya mereka akan kalah! , mereka akan tumbang dalam PRU ke-13 nanti !! Bagi mereka, untuk menang penipuan perlu diteruskan !!
Wahai PDRM ! tunjukkan lah kepada sekalian rakyat,, undang-undang mana? peraturan mana? yang mengatakan memakai baju berwarna kuning bertulis perkataan “BERSIH” itu merupakan satu kesalahan ?! Wahai seluruh anggota polis! Bertindaklah mengikut undang-undang!, bukan bertindak mengikut telunjuk pemimpin Umno!!
Adakah kesalahan memiliki dan menghisap dadah sama dengan kesalahan memiliki dan memakai baju kuning?
Tak mungkin,! memang tak sama! Menggunakan dadah di khalayak ramai adalah salah, menggunakannya secara sembunyi-sembunyi juga satu kesalahan. Apatah lagi kalau menghisap dadah dibalai polis !! Sudah pasti polis akan secepat kilat menangkap orang yang berkenaan dan mencampakkan ke dalam lokap.
Berbalik kepada kisah pemuda di Shah Alam tadi,… Beliau berada dibalai polis dengan memakai baju bertulis BERSH dan polis tidak menangkapnya ! Adakah kita merasa pelik?,… jawabnya tidak!! Kita tahu polis tak akan menangkapnya kerana pemuda itu tak buat apa-apa kesalahan pun!
Tetapi kenapa polis menangkap kawan pemuda itu yang memakai baju yang sama semasa sedang minum kopi di sebuah restoran?
Jawapan,… Polis nak menunjuk kepada majikannya / pemimpin Umno bahawa mereka (PDRM) sangat patuh dan sedang melaksanakan arahan! Kedua,.. polis hendak menakut-nakutkan orang awam! Ketiga,…. polis memang suka menangkap orang awam daripada menangkap penjenayah yang lebih besar resikonya. Gelihati melihat gelagat Polis Malaysia !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan