Selasa, 30 November 2010

KOMEN MUHYIDDIN MACAM HAMPEHH !

Photobucket

Muhyiddin terkedu, terpinga-pinga dan teraba-raba macam ikan kena tuba untuk mencari jawapan apabila ditanya oleh wartawan tentang kenyataan DS Azizah Ismail presiden PKR bahawa Anuar adalah pemimpin anugerah Allah (seperti yang tersiar dalam berita utama 8.00 malam di RTM dan Tv3 - 28/11/10 semalam). Tak ada jawapan atau komen yang bernas keluar dari mulut Muhyiddin melainkan beliau mengatakan kenyataan DS Wan Azizah tidak wajar, dan lebih kepada untuk menjaga hubungan suami isteri.

Wah! alangkah takutnya Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno dengan kenyataan DS Wan Azizah itu. Kenapa perlu takut kalau Anuar hanya seorang pemimpin kerdil? Kenapa mesti gentar kalau Anuar hanya seorang pemimpin serpihan? Jawapannya ada dalam benak semua pemimpin tertinggi Umno….

Ya, apa saja kenyataan yang mengaitkan Anuar, Umno akan respon. Umno pasti tak senang duduk. Kalau sedang tidur mereka akan terjaga, ibarat terkejut dari mimpi. Kalau mereka sedang membuang air besar sekali pun mereka akan membuat komen sepantas kilat. Begitulah fobianya mereka terhadap Anuar.

Sememangnya Umno sangat takut dengan kekuatan dan ketokohan DS Anuar Ibrahim sejak dulu lagi dan kini ketakutan itu semakin menghimpit mereka. Lebih-lebih lagi setelah DS Anuar berjaya membentuk barisan pembangkang yang amat kuat sekarang ini.

Seandainya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO/BN sebenarnya, kerana segala penyelewengan dan salahgunakuasa mereka akan ditelanjangkan! Jadi apa cara sekalipun Anuar mesti dihapuskan! Kalau riwayat Anuar dapat ditamatkan, barangkali semua pemimpin Umno akan berpesta atau mengadakan kenduri besar agaknya!

Semenjak 1998 apa yang Umno tidak buat untuk menamatkan perjuangan politik Anuar? Berbagai-bagai cerita buruk telah dicipta dan disebarkan. Berbagai-bagai fitnah dilemparkan dan diantara fitnah yang MAHA AGONG lagi menjijikkan ialah FITNAH LIWAT 1 yang kini FITNAH LIWAT 2 pula. Semasa dipenjara selama 6 tahun Anuar pernah dibelasah sehingga lebam sebelah mata dan orang yang bertanggunjawab dengan insiden ini khabarnya sedang uzur! Itulah balasan Allah barangkali..

Selama ini rakyat yang prihatin sangat bersimpati dengan segala tuduhan fitnah yang dihadapi oleh Anuar. Tapi berapa berat mata memandang berat lagi bahu Anuar yang memikulnya. Semoga Anuar mendapat tahap kesabaran yang tinggi dari Allah dan rakyat sentiasa mendoakannya

Apa lagi yang Umno belum buat terhadap DS Anuar Ibrahim? Diharap janganlah sampai ketahap sanggup membunuh atau menggunakan khidmat pembunuh upahan ! Dalam sejarah Umno, kes pembunuhan pernah berlaku dan adalah tidak mustahil kes yang sama akan berulang. Semoga Allah memberi perlindungan !!

Oleh : rahimothman

Ahad, 28 November 2010

DAPAT PERAK : TAHNIAH PASUKAN HOKI MALAYSIA

Photobucket

(Gambar) SKUAD hoki lelaki negara meraikan kejayaan memenangi pingat perak hoki lelaki Sukan Asia ke-16 di Stadium Hoki Aoti,Guangzhou China petang semalam.

Sejak sukan Asia bermula pada tahun 1951 Malaysia tidak pernah memasuki
pertandingan akhir dalam acara hoki lelaki. Jauh sekali untuk mendapat pingat emas atau perak, cuma pingat gangsa pernah diraih sebanyak tujuh kali.

Walau bagaimana pun pada sukan Asia 2010 ini Malaysia telah berjaya memasuki pertandingan akhir buat pertama kali dan berjaya meraih pingat perak setelah tewas kepada Pakistan 2-0.

Tahniah ! kepada pasukan hoki lelaki Malaysia di atas semangat juang yang telah ditunjukkan! . Tahniah juga kepada pihak pengurusan, terutama jurulatih dan pegawai-pegawai. Harapan kita semoga pasukan hoki lelaki akan melayakkan diri ke sukan Olimpik 2012.

Oleh : rahimothman

Sabtu, 27 November 2010

TEMBAK ORANG AWAM : POLIS MALAYSIA GHAIRAH DAN GELOJOH

Rakyat Malaysia dah naik muak baca kisah polis tembak orang awam. Sampai bila polis Malaysia akan menjadi polis yang benar-banar propersional?. Bila dah tertembak orang awam yang belum tentu bersalah, pihak polis cepat-cepat memberi alasan untuk membenar atau menghalalkan tindakan mereka.

Ini lah polis Malaysia… Nampaknya mereka sangat gelojoh atau terlalu ghairah untuk melepaskan tembakan. Lihat kisah dibawah ini.

Oleh : rahimothman

http://www.malaysiakini.com/news/149020

LAGI POLIS TEMBAK SESUKA HATI !

Photobucket

Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu. “Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.

Wong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.
Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru. "Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

Khamis, 25 November 2010

KENYATAAN SYARIFAH AINI MACAM ORANG TAK BERIMAN

Photobucket
Ini kata-kata Syarifah Aini mengenai bertudung,…
• Beliau bertudung kerana nak melindungi bengkak sakit giginya. (bukan kerana Allah)
• Beliau mahu menangguhkan perintah wajib dari Allah, semata-mata kerana belum bersedia dan tidak mahu dikatakan hipokrit.


Soalan saya…
a. Sembahyang yang diperintah wajib oleh Allah, bolehkah Syarifah tangguh atau tidak lakukan kerana tak mahu dikatakan hipokrit?
b. Tidakkah Syarifah merasa takut bahawa Allah akan mencabut nyawanya bila-bila masa dan pada masa itu nak menutup aurat tak sempat lagi dah kerana orang lain yang akan menutupkan aurat kita.(dikapan)
c. Kalau Syarifah melaksanakan perintah wajib yang lain, sembahyang umpamanya, apakah orang akan mengata Syarifah hopokrit, sembahyang Syarifah pura-pura dan tidak kerana Allah? Mustahil !!
d. Sebagai perbandingan - Apakah hukum wajib mentaati ibubapa boleh kita tangguh sehingga nyawa kedua ibubapa kita sampai dihujung khalkum?
e. Apakah hukum-hukum wajib yang diperintah oleh Allah boleh kita tapis atau saring? Kita pilih yang ini dan kita tolak yang itu?
f. Akhir sekali – Adakah anda sangat berbangga dan megah apabila anda mempamerkan rambut anda di khalayak? Kalau anda berbangga dengan mendedahkan aurat atau rambut anda, tidakkah itu riak namanya? Bermakna anda telah membuat dua kesalahan dalam satu masa.

Saya rasa kenyataan anda boleh mengelirukan !. Anda seolah-olah telah mempersenda hukum Allah. Perintah wajib tak boleh dibuat main-main, tak boleh diambil mudah atau diringan-ringankan. Kalau tak dibuat tetap berdosa.Macam hukum wajib sembahyang, orang yang sakit pun masih diwajibkan melakukannya. Tak boleh berdiri,.. duduk. Tak boleh duduk, berlunjur.. Tak boleh berlunjur,..baring !

Oleh : rahimothman

Sila baca artikel di bawah - http://karatijau.blogspot.com/ Khamis, 2010 November 18



FUHHH...KENYATAAN "JAHIL" SHARIFAH AINI...

Photobucket

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Aini @ Kak Pah ini berkemungkinan besar boleh menjadi statement of the year dalam dunia hiburan. Baru-baru ini Kak Pah dilihat bertudung dalam satu majlis amal. Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya? Ini kata Kak Pah.

Sebenarnya "Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung,"katanya. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab.

Kesian kat Kak Pah. Mesti gusinya bengkak besar sebab sakit gigi sampai terpaksa pakai tudung untuk cover. Bila tenung lama-lama, nampak manis jugak Kak Pah nie bila bertudung. Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung.

Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).

Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.-artismelayukini

Juragan : Allah kasih kepada hambanya yang tidak
suka menunda-nundakan berbuat kebaikan.

Selasa, 23 November 2010

DATANG TAK DIJEMPUT, KELUAR TAK DIHALAU,… Tembelang Zaid terdedah….. Zaid meminta-minta ... !

Photobucket

SAH ! RUPA-RUPANYA ZAID INI GILA JAWATAN DAN GILA NAK JADI PEMIMPIN. MENURUT DS ANUAR, (Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/148541) DIPERINGKAT AWAL DULU ZAID MERAYU-RAYU NAK MENJADI AHLI PKR SETELAH TERSINGKIR DARI UMNO.

SETELAH PERMOHONANNYA DILULUSKAN, KEMUDIAN BELIAU MEMINTA SUPAYA DIBERIKAN JAWATAN, WALAUPUN BARU TAK SAMPAI 2 BULAN ZAID MENJADI AHLI, ATAS DASAR KEPERCAYAAN ANUAR TELAH MELANTIKNYA SEBAGAI KETUA PKR WILAYAH PERSEKUTUAN. LEPAS ITU DIA MEMINTA PULA NAK JADI CALUN AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR DALAM PILIHANRAYA KECIL TEMPOH HARI. DEMI KAWAN, DEMI RASA KEIKHLASAN , SEMUA PERMINTAANNYA ANUAR TUNAIKAN.

DALAM MASA YANG SAMA DENGAN DIAM-DIAM DIA MELANTIK DIRINYA MENJADI PENYELARAS PKR. KONONNYA DENGAN SUKARELALAH DIA MEMEGANG JAWATAN ITU DENGAN HARAPAN DAPAT MENGHASILKAN SESUATU YANG POSITIF UNTUK PAKATAN RAKYAT!! ISH! ISH! ISH ! TAK MALUNYA DIA.

APA YANG BERLAKU HARI INI SANGAT-SANGAT MENGEJUTKAN! DAN TIDAK DISANGKA. TAK PASAL-PASAL ZAID BUAT HAL PULA. TEMPAT DIA MENGADU DAN MEMINTA UNTUK MENDAPAT KEDUDUKAN DALAM PKR DIBERAK DAN DIKENCINGNYA!! ANUAR IBARAT MELEPASKAN ANJING TERSEPIT! MADU DIBERI, RACUN YANG DIBALAS !... CELAKA PUNYA MANUSIA ! SUNGGUH KURANG AJAR!! … SUNGGUH BIADAP!!

oleh : rahimothman

Sila baca kisah selanjutnya dalam petikan di bawah - http://www.malaysiakini.com/news/148541

Khamis, 18 November 2010

PRINSIP TAIK KUCING !! ………………………… akulah manusia paling berprinsip konon !!

EKORAN EZAM MEMUJI TINDAKAN ZAID

Photobucket

Ezam memuji tindakan Zaid menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden serta melepaskan semua jawatannya dalam PKR.

“ Bagus Zaid ! Zul Kulim, dan yang lain-lain. Ikut macam saya. Saya pertahankan prinsip, semua kita mesti pertahankan prinsip, walaupun terpaksa keluar dari parti!! ” lebih kurang begitulah agaknya kata hati Ezam.

Ya, anda semua manusia yang berprinsip !!. tetapi prinsip yang anda semua pegang ialah prinsip taik kucing !!. Tabiat anda semua sama macam kucing,,… Kucing bila lepas berak pasti akan mencium taiknya!.. sama ada sebelum atau selepas najis itu di timbus!!. Kucing buat-buat tak tahu yang najisnya itu busuk. Kucing menimbus najisnya pun bukan kerana nak hilangkan bau tapi nak selamatkan najisnya dari di baham oleh harimau (mengikut cerita orang tua-tua).

Tindak-tanduk anda samalah macam kisah kucing dengan taiknya !! kerana dari dulu sampai lah hari kiamat pun kucing akan terus berbangga dengan mencium taiknya yang disangka wangi itu!! padahal makhluk sekeliling terpaksa menutup lubang hidung kerana menahan bau busuk, jijik,.. dan meloyakan !!
PRINSIP ANDA SEBENARNYA IALAH APA PARTI BOLEH BERI SEBELUM AKU MEMBERI KEPADA PARTI,,…. Hanya parti busuk seperti Umno saja yang sesuai dengan jiwa kamu !!

Oleh : rahimothman


Sila baca petikan selanjutnya - http://wargamarhaen.blogspot.com/

EZAM PUJI ZAID PULA, TERUS BIDAS ANUAR...HA.HA...SENATAK..!!

Photobucket

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor mendendangkan lagu yang berlainan rentak dan nada sekarang.

Meskipun, liriknya yang menghentam bekas mentor dan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap sama tetapi kini bidasannya kepada bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ini telah bertukar menjadi rentak puji-pujian.

Sambil menyifatkan Zaid - yang juga bekas Penyelaras Pakatan Rakyat sebagai “pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Abdul Razak", Ezam berkata hakikatnya tiada tempat untuk kejujuran di PKR.

"Zaid benar-benar mahu melihat satu simbol tunggal bagi Pakatan. Tetapi tidak bagi Anwar. Dia seorang penipu,” kata Ezam, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu sebelum meninggalkan PKR pada 2006 dan menyertai semula ke Umno dua tahun kemudian.

"Saya kenal Zaid. Saya tahu Zaid buka pemimpin besar, dia ada masalahnya. Tetapi orang ramai boleh lihat kejujuran. Dan sekarang, orang ramai boleh lihat apa yang sudah hilang dari parti itu.

"Tiada lagi dedikasi, komitmen dan kejujuran dalam PKR. Apabila Zaihid sertai PKR, semua orang menggantung harapan tinggi kepadanya. Tetapi sekarang, dia pun meninggalkan parti itu.,” kata Ezam pada ceramah bertajuk "Keadilan untuk siapa?" yang dianjurkan oleh MCA Petaling Jaya Selatan, malam semalam.
Isnin lalu, Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.

Pada 8 November, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

Keesokannya, beliau menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur kerana mendakwa mereka berdua adalah punca segala masalah dalam parti.

Zaid yang sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatannya pada September 2008 kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Posted by RAKYAT MARHAEN at 11/17/2010 08:21:00 PM

Rabu, 17 November 2010

Sabtu, 13 November 2010

RENUNGAN DAN PERINGATAN UNTUK PKR

( Ekoran isu perletakan Jawatan Zaid Ibrahim )
Photobucket

Kepada seluruh ahli dan kepimpinan PKR !!
Oleh kerana selama 10 tahun ini saya adalah diantara ratusan ribu pendukung semangat refomasi dan pengikut PKR, maka diharap janganlah sekali-kali kita membiarkan PKR mati berkubur !!.. berpatah sayap bertongkat paruh!,.. namun perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tetap diteruskan.

Ingatlah! bahawa PKR ditubuhkan hasil dari keringat dan airmata rakyat. Diam tak diam kini PKR sudah berusia satu dekat.Bermula dengan kosong sekarang sudah mampu memerintah empat buah negeri bersama-sama Pakatan Rakyat. Tidakkah kita berbangga ? Tidakkah kita mahu mempertahankannya? Atau menambahkan lagi penguasaan kita? Jawapannya tentu sekali ya!

Sebelum ini satu demi satu bekas ahli-ahli PKR cuba hendak membunuh parti PKR sama ada dari luar maupun dari dalam. Namun hakikatnya PKR semakin hari semakin kuat dan mendapat sokongan rakyat. Nyata sekali ini, mereka tidak mampu, mereka tidak berupaya meruntuhkan PKR. Semua ini disebabkan oleh kekuatan jatidiri, kekuatan dalaman yang ada dalam PKR. Dalam masa kita semakin kuat inilah kita semakin dicemburui, kita terus-terusan diserang dari berbagai sudut terutama oleh UMNO dan bekas-bekas ahli PKR. Alhamdulillah kita masih mampu menangkisnya!!

Dan yang terkini Dato’ Zaid Ibrahim telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan. Beliau cuba meracun dan membunuh PKR dari dalam pula dengan mengugut menarik diri dari pertandingan merebut jawatan timbalan presiden. Dalam masa yang sama beliau mengugut meletak semua jawatan dalam PKR dan mencabar DS Anuar dan Azmin Ali turut sama meletak jawatan! Huhh ! dasyatnya dia !!. Perbuatan dan tindakan Zaid Ibrahim itu amat tidak wajar. Kita ambillah pengajaran dari sikap tamak, nakal dan kebudak-budakannya itu !.

Mana mungkin kita sanggup melihat parti PKR diruntuhkan oleh seorang insan yang bernama Zaid yang baru setahun jagong menjadi ahli ? Sanggupkah kita menafikan kegigihan dan semangat juang pemimpin-pemimpin PKR yang setia, dan yang terbukti sudah berjasa sekian lama. Sudah 10 tahun PKR boleh hidup dan bertahan hingga kehari ini, takkan dengan sedikit kocakan yang dibuat oleh Zaid maka kita rela PKR diruntuhkan dengan sekelip mata? Biarlah!.biarlah Zaid terjun dengan labu-labunya!!

Semua ahli PKR haruslah menunjukkan kematangan, tingkatkan kesabaran, kuatkan semangat, selalu muhasabah diri. Masaalah yang kecil-kecil, carilah jalan penyelesaian. Perkara remeh jangan diperbesarkan. Apa saja persoalan bawa kemeja perundingan. Kalau ini kita lakukan, itu tandanya kita sudah cukup matang. Ingatlah ! UMNO telah banyak mengajar kita !.. Seharusnya kita terus memandang kedepan !! Kalau kita jujur memperjuang keadilan dan hak rakyat !, Allah akan sentiasa bersama kita. InsyaAllah!

oleh : rahimothman

Khamis, 11 November 2010

DULU MINUM,.. TETAPI KENAPA SEKARANG mabuknya datang lagi?

Photobucket

Mari kita baca petikan ini - http://wargamarhaen.blogspot.com/

USAH PEDULI ORANG MABUK

Photobucket

Kalau Murai mabuk sudah tentu kicauan mMurai juga akan songsang menyebabkan orang dengar tidak berapa betul atau dirasakan ganjil dan pelik. Jadi confirm Murai tidak mabuk.

Maka Murai dapat membaca segala laporan dengan siuman. Memahami maksudnya dan dapat ke mana hujung jatuhnya. Termasuk yang tersirat dan tersurat. Murai tidak berfikiran songsang, naik ke rumah orang nak halau tuan rumah dan kita pula jadi tuan rumah. Pada Murai itu sikap orang mabuk dan biadab. Kalau sudah mabuk dunia jadi terbalik dan tunggang langang. Sebenarnya orang mabuk merasakan dia betul dan orang lain salah.

Semua orang tidak betul, semua orang tidak bersih, semua orang tidak adil. Yang betul dan bersih hanya diri dia saja. Orang mabuk dia tidak faham apa yang dibuat. Cakapnya merapu-rapu dan mulutnya berlenja dengan air mulut.... macam orang mengidam anak pertama. Cuba tanya sifit kali-kali dua kepada orang mabuk apakah jawabannya betul?

Orang mabuk sudah hilang tumpuan, hilang segala arah. Orang mabuk juga tidak boleh dilantik jadi imam sembahyang. Hatta syahadatnya juga tidak dapat diteriam kerana meragukan apakah benar atau tidak. Sumpah, janji dan ikrar orang mabuk tidak akan diterima (valid).

Makanya kalau jumpa orang mabuk kena sejukkan dulu. Mandikan dia. Sebaik-baiknya aimbil air sejuk atau air hujan jirus sampai dia menggeletar. Kalau dia nak jadi baik dia akan kebah. Kepalanya akan jadi dingin dan dia akan hilang merapu. Tetapi kalau selepas jirus air dia masih merapu, nak buat itu dan ini maka si mabuk itu sudah payah untuk pulih. Elok panggil polis atau bomba tangkap dan kurung saja dalam lokap. Orang ramai juga tidak digalakkan berdekatan dengan orang mabuk.

Seperkara Murai hendak pesan sesiapa pun jangan buat berkira dengan orang mabuk. Orang mabuk dia tidak gila, tetapi pemikirannya sudah jadi macam orang gila. Cuma bezanya orang mabuk akan pulih selepas dosa mabuknya berkurangan. Manakala orang gila sukar untuk dipulihkan kerana kebanyakannya mereka menjadi gila kerna genetik atau baka.

Jadi usahlah dengar dan kecewa dengan rapuan orang mabuk. Anggap saja dia tidak siuman atau dia tidak sedar. Dia sendiri tidak faham apa yang dia cakap sebenarnya. Apabila dia masuk rumah orang tiba-tiba beperasaan dia adalah tuan rumah, jelas dia mabuk. Mabuk.... adik beradik dengan babuk. Perlukah dikesiankan kepada orang mabuk kerana kenapa dia jadi begitu kerana pilihannya sendiri.

Murai: Pernah mabuk pinang kosi.
Posted by RAKYAT MARHAEN at 11/11/2010 08:49:00 PM 0 comments

ZAID DUNGU !! MACAM ZUL KULIM !

Photobucket

INI SATU LAGI TOKOH PEMIMPIN !! KETOKOHANNYA MULA-MULA NAMPAK HEBAT !!,.. RUPA-RUPANYA HEBATNYA TAK KEMANA !!... PENGECUT !!.. KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI. KEJITUAN DAN KEPANASAN SEMANGATMU HANYA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM !!!

DI AWAL BICARA KONONNYA KAMU INSAN YANG BERANI DAN BERPRINSIP, TAPI TERBUKTI HARI INI KAMULAH MANUSIA PALING LEMBUT DAN LEMBIK MACAM SOTONG, TAK BERTULANG BELAKANG !!

MEMANG LIDAH TAK BERTULANG !... SEBAB ITULAH LUNAKNYA KAMU BERKATA-KATA. KAMU BARU SETAHUN JAGUNG BERADA DALAM PARTI YANG DIBINA HASIL KERINGAT DAN AIR MATA RAKYAT INI, TAPI KAMU BEGITU MUDAH MENUDUH KEPIMPINAN PARTI DENGAN BERBAGAI TUDUHAN. TIDAKKAH KAMU MENGINSAFI DAN MENGHARGAI KERINGAT SERTA JASA MEREKA YANG SUDAH BERJUANG DALAM PARTI HAMPIR SATU DEKAD?.

TERLALU BESAR JASA MEREKA KEPADA PARTI SEHINGGA BERJAYA MEMBENTUK SATU BARISAN PAKATAN PEMBANGKANG YANG KUAT. KEHADIRAN KAMU DALAM SAF KEPIMPINAN BEGITU DIHARGAI DAN DIPERCAYAAI. KEHADIRAN KAMU DALAM SAF KEPIMPINAN CUKUP SINGKAT. DAN KINI KAMU HENDAK MENGKHIANATI PARTI PULA !! INIKAH BALASAN KAMU KEPADA PARTI ??

INGATLAH ZAID !! TINDAKAN KAMU INI SANGAT MENGEMBIRAKAN HATI ORANG-ORANG UMNO BN. SAMA ADA KAMU SEDAR ATAU TIDAK, YANG PASTI TINDAKAN KAMU INI HAMPIR MENYAMAI KEDUNGUAN ATAU KEBONGOKAN ZUL KULIM !!

Oleh : rahimothman

Rabu, 10 November 2010

ZAID TERSILAP LANGKAH !

Photobucket


Selama ini kita bersetuju bahawa Zaid Ibrahim seorang pemimpin yang berprinsip, cekal hati dan menjadi harapan pemimpin masa depan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini dimana beliau membuat keputusan menarik diri dari persaingan merebut Timbalan Presiden dan mengugut untuk melepas semua jawatannya dalam parti, maka saya berpendapat tindakannya itu amat tidak wajar, mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.

Kalau beginilah ! Zaid bukan seorang pemimpin yang berjiwa kental. Pemimpin yang punya jatidiri yang kuat seharusnya lantang bersuara, kotakan apa yang dikata dan tidak mudah bosan! Bukan banyak merengek ! kemudian merajuk!.

Dan amatlah malang sekali jika selepas ini Zaid mahu mengistiharkan dirinya keluar parti. Lebih jijik dan memualkan lagi andainya Zaid akan menyokong BN dan kembali kepada UMNO parti yang pernah dikencingnya !!. Kita harap tidak sampai ketahap itu. Mahukah Zaid Ibrahim dianggap pemimpin yang lemah! Pemimpin yang lembik? Masih belum terlambat untuk Zaid menarik balik keputusannya !!

Aduhai Zaid !!.. baru sangat kamu menyertai PKR, baru setahun jagong ! tiba-tiba buat hal ! Apa yang kamu buat sekarang ini seolah-olah mencampakkan kedalam longkang kepercayaan yang telah diberi oleh parti.
Lupakah anda?.. anda telah dilantik sebagai ketua PKR Wilayah? Anda juga telah diberi kepercayaan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat?

Steady lah !!... mana dia sifat kesabaran seorang pemimpin?. Kalau anda marah kerana tak puas hati,,, kalau anda marah kerana tuduhan-tuduhan anda tidak dilayan ! sepatutnya anda buktikan dahulu secara hitam putih!. Tunjukkan bukti yang sah dan nyata ! … bukan cepat putus asa dengan mengambil keputusan untuk merajuk!! .. Bersikap dan bertindaklah secara positif, bukan negatif. Tak ada masaalah yang tal boleh diselesaikan!!

Duhai Dato’ Zaid !!.. Masih belum terlambat untuk dato’ menarik balik keputusan kebudak-budakan yang telah di buat!! Sedarlah ! dato’ sebanarnya telah membuat satu keputusan yang silap!. Imej dato’ tak akan jatuh hanya kerana dato’ mengubah keputusan!!... Fikir-fikirkan lah !

Oleh : rahimothman

Selasa, 9 November 2010

DATUK SERI AZIZAN, DATUK MAHFUZ BIDAS MUHYIDDIN DAN SHAHRIZAT ! PADAN MUKA !!

Photobucket


Tahniah Datuk Seri ! ... Muhyiddin sudah beri bola tanggung, memang patut pun Datuk Seri membalasnya dengan smash kencang. Sekali smash bola tepat mengena muka Muhyiddin.

Nampak sangat TPM dan Menteri Hal Ehwal Wanita ini mengambil peluang dan kesempatan dari keperitan rakyat yang sedang menghadapi banjir, tetapi tak kena cara, tak kena masa dan tempat! Lagak mereka lebih kepada menunjuk-nunjuk dan mencari keuntungan politik. Cakap mereka keluar dari lidah yang bercabang disamping menafikan segala tindakan dan hasil kerja orang lain yakni kerajaan Pakatan Rakyat Kedah!

Oleh : rahimothman
(Sila baca Petikan dibawah : http://karatijau.blogspot.com/ ) Selasa, 2010 November 09

PAK DIN KOBOI KENA "TIBAI KAU-KAU" DENGAN MB KEDAH ..
Photobucket
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan. -Harakah

Nukilan Oleh Juragan

Ahad, 7 November 2010

SPR, SPRM JADI PAGAR KESELAMATAN BN

Photobucket


Inilah pengawal keselamatan Parti Barisan Nasional / BN pada setiap masa, terutama menjelangnya pilihanraya. Sampai bila pun parti lawan atau pembangkang akan merasa sangat perit untuk mengalahkan mereka.

Selagi BN memerintah selagi itu rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan akan terpedaya dan diperdaya. Selagi BN memegang tampok pemerintah selagi itu parti pembangkang akan terus dipermain dan ditekan !!

Kerajaan BN sememangnya sangat mabuk dengan kuasa. Apa cara sekalipun kuasa mesti dipertahankan!!. Maka menanglah mereka dalam pilihanraya baru-baru ini walaupun dengan cara yang amat busuk dan tidak bermaruah !!

Cara BN berkempen semasa pilihanraya pasti memberi kelebihan, apabila mereka sewenang-wenang menggunakan jentera kerajaan dan juga badan-badan NGO yang sepatutnya ini tidak berlaku !!

Menurut laporan dan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh blogger-blogger dan juga akhbar-akhbar yang bukan pro BN, terdapat kejadian memberi rasuah yang amat keterlaluan,,. Kerajaan BN menabur berbagai janji, dan yang lebih dahsyat wang ratusan ringgit diberi kepada setiap pengundi di dua pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Namun begitu, walaupun terdapat bukti dan laporan telah dibuat, tetapi SPR dan SPRM tidak berselera untuk mengambil tindakan, malah lebih bersedia untuk menangkis segala dakwaan. Mereka beranggapan gaji mereka dibayar oleh Kerajaan BN, maka walau betapa buruk dan jahat sekali pun UMNOBN, kerajaan yang membayar gaji mereka mesti dipertahankan!!

Itulah kerja SPR dan SPRM sebenarnya !. Mereka membiarkan rasuah politik berlaku didepan mata, dan dalam masa yang sama mereka memberi berbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Mereka seolah-olah turut sama mempertahankan kubu BN yang dipimpin oleh Najib Tun Razak.

Kepada seluruh rakyat Malaysia !..sedarlah! insaflah!. Sudah 53 tahun negara ini dicengkam dan dibelenggu oleh Rejim UMNOBN. Dalam PRU ke-13 nanti, marilah kita membuat perubahan !! Tak ada salahnya anda menerima wang sogokan berjumlah seratus dua itu, ambillah ! Tetapi janganlah sampai sanggup menggadai maruah dengan menjual undi.

Hak mutlak anda ialah memilih kerajaan yang benar-benar ikhlas untuk membawa perubahan !! bukan membalas rasuah dengan rasuah,,... iaitu wang dibalas dengan undi !!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 5 November 2010

DASYAT !! INIKAH PEMIMPIN ISLAM ?

Photobucket

MERUJUK KEPADA GAMBAR DI ATAS, KALAULAH PEMIMPIN PAS YANG BERBUAT DEMIKIAN, PASTI SATU DUNIA KECOH!!.. SETIAP PEMIMPIN UMNO AKAN BEREBUT-REBUT MEMBUAT ULASAN ATAU KOMEN.

AKHBAR-AKHBAR PENGAMPU TERUTAMA BERITA HAIRAN DAN UTUSAN MELOYA AKAN MEMBERI RUANG YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO, ULAMAK UMNO DAN RAKYAT JELATA YANG PRO UMNO UNTUK MEMBERI KOMEN DAN KUTUKAN.

MALANGNYA APA YANG TELAH BERLAKU SEBAGAIMANA GAMBAR DI ATAS,,….APABILA PEMIMPIN UMNO YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN AGAMA, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG LAIN, USTAZ-USTAZ DAN SELURUH ULAMAK UMNO HANYA SENYAP,.. TAKUT NAK KOMEN. AKHBAR PENGAMPU JUGA TURUT MENDIAMKAN DIRI..

Nampaknya pemimpin Umno semakin jauh menyimpang dan semakin berani melakukan kemungkaran agama !!

Oleh : rahimothman

Khamis, 4 November 2010

PEMBOHONG BESAR ….. CERITA BEGINI MEMANG MENJADI KEGEMARAN UMNO SETIAP KALI ADA PILIHANRAYA

200 ahli PKR cabang Wangsa Maju masuk UMNO
Oleh Sukhairi Abd Thani sukhairi@bharian.com.my - 2010/11/04
Photobucket

PERSOALAN DISEBALIK LAKUNAN UMNO INI MUDAH DIJAWAB…..

1. Biasalah!! Babak-babak lakunan sebegini mesti berlaku setiap kali ada pilihan raya. UMNO dan balaci-balacinya termasuk akhbar pengampu Berita Hairan dan Utusan sentiasa mencipta dan mencari peluang. Gambar bukan saja untuk menghiasi dada-dada akhbar, malah lebih dari itu… untuk tujuan publisiti UMNO dan juga menipu rakyat !!

2. Mana mungkin ahli-ahli PKR masuk UMNO sebuah parti najis. Kalau ada pun yang keluar itu hanyalah sampah-sampah PKR, bukan ahli PKR. Tak menghairan kalau sampah-sampah PKR atau kutu-kutu ditepi jalan yang tak berparti ini, atau ahli-ahli UMNO sendiri berlakun seketika dan bergambar untuk menjadi bahan kempen pilihanraya.

3. Tidak kira sama ada ikan-ikan dalam sangkar ini (pelakun) sedar atau tidak, mereka sememangnya sudah bersedia untuk menelan dua tiga ekor cacing yang dijadikan sebagai umpan pancing. Bagi mereka memberi dan menerima rasuah seolah-olah macam “sunat muadkat”

4. Tentang angka 200…. Mana mungkin begitu ramai ahli PKR masuk UMNO. Kalau 17 atau 18 orang boleh jadi. Tetapi oleh kerana UMNO suka gah, suka lebih-lebih, suka kepada yang TER…, tertinggi, terbesar, terhebat, terbanyak. Maka jumlah 17, 18 orang itu dinaikkanlah kepada 200. Kalau 20 masih tak ummpp!!.

5. Tentang alasan mengapa mereka keluar PKR,… biasalah !! seperti yang telah disediakan oleh pengarahnya. Skrip yang sudah lapok !,,.. tapi tak lari dari dua tiga perkara ini !! … (i). Perjuangan sudah menyimpang, (ii) Pemimpin pentingkan diri sendiri (iii) Hilang kepercayaan

SELAMAT MENGUNDI ! GUNAKAN HAK ANDA DENGAN BIJAK!!

Oleh : rahimothman

Rabu, 3 November 2010

DR ASRI PENAKUT !! ATAU BERSELINDUNG ? Kenapa tak sebut nama pemimpin Umno ?

Photobucket

Isunya : Minta Anuar bersara ……. “Saya bukan nasihat Anwar saja...” katanya.
Kenapa sikap beraninya kini dihalakan kepada DS Anuar? tidak Najib !! atau lain-lain pimpinan UMNO? Sepatutnya mereka yang berkuasa inilah yang seharusnya ditegur ! secara direct. Saya rasa macam ada sesuatu disebaliknya saranan atau tegurannya itu!! Tidak menyebut nama pemimpin Umno apakah bermaksud Dr.Asri merasa gentar atau takut kepada UMNO? Mungkin? atau tak mungkin! , tapi boleh jadi!.., tak mustahil !!

DISINI SAYA PAPARKAN BEBERAPA PERSOALAN YANG SUDAH LAMA BERMAIN DI KEPALA SAYA:

1. Siapa sebenarnya Dr.Asri ini ? Pendakwah bebas atau penceramah politik bebas?

2. Nampaknya Dr.Asri macam berminat dalam kedua-dua bidang ini. Betulkah begitu?

3. Kalau Dr.berminat dengan politik…kearah mana condongnya Dr.? BARISAN NASIONAL yang zalim atau PAKATAN RAKYAT yang memperjuangkan keadilan dan menegakkan yang hak?

4. Kalau Dr. dikehendaki memilih,.parti mana yang menjadi pilihan?, UMNO, PAS PKR atau lain-lain parti?

INI PULA PERSOALAN YANG MUNCUL DI KEPALA SAYA SEJAK SEMALAM DAN HARI INI :

1. Kenapa Dr. membuat kenyataan menyuruh DS Anuar berundur pada ketika dua
pilihan kecil Galas dan Batu Sapi telah hampir tiba ?

2. Kenapa Dr. membuat gesaan ini setelah Dr.keluar dari menikmati perhimpunan Agong UMNO 2010 beberapa hari yang lalu?.

3. Adakah Dr.beranggapan DS Anuar sudah tidak relevan dalam landskap politik Malaysia hari ini? sedangkan pengikut dan penyokong masih ramai?

4. Adakah Dr. beranggapan dasar yang diperjuangkan oleh Anuar dan partinya PKR serta Pakatan Rakyat amat bertentangan dengan jiwa dan citarasa Dr.?

5. Apakah Dr.beranggapan DS Anuar sudah terlalu tua untuk melayari dunia politik, padahal Dr.Mahathir berpolitik sampai ke tua kotai? Begitu juga Lee Kuan Yew sampai ke tua bangka. Taib Mahmud dah tua gayut masih menjadi Ketua Menteri Serawak? Dan apa pula pandangan Dr tentang Haji Hadi, Nik Aziz, Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain?

6. Bolehkah Dr. nyatakan siapakah yang lebih layak menjadi ketua pembangkang? Dan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri yang boleh membawa satu perubahan besar?

7. Adakah Dr.berfikir yang Dr.layak untuk mengisi tempat tersebut?

8. Adakah Dr.nampak atau tidak, segala kezaliman, keburukan dan kemungkaran yang dibawa oleh kerajaan UMNOBN selama ini ?

9. Adakah Dr.bersetuju bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS?

10. Adakah Dr.sedar bahawa alasan Dr menyuruh DS Anuar bersara politik tersangatlah cetek, dangkal, tak logik, tidak realistik malah menongkah arus ??

Andainya Dr.Asri membaca artikel ini sudi kiranya Dr. memberikan jawapan. Sementara menanti jawapan mari kita sama-sama memikirkannya ! Gunakanlah otak dan akal kita yang sihat ini…….. TEPUK DADA TANYA MINDA !!

Oleh : rahimothman

TPM DITUNGGUL KAYUKAN ……………...................… Rosmah Rasmi Karnival Deepavali

Photobucket


KELMARIN DATIN SRI ROSMAH MANSOR TELAH BERUCAP MEWAKILI PERDANA MENTERI DI KARNIVAL DEEPAVALI 1 MALAYSIA DI LITLE INDIA DEKAT BRICKFIELD.

DALAM MAJLIS ITU TEK UCAPAN NAJIB DIBACAKAN OLEH ISTERINYA. ANTARA KANDUNGAN UCAPAN ITU KERAJAAN BERJANJI AKAN MEMBANTU ORANG INDIA DINEGARA INI!

WAH !! HEBAT SEKALI ISTERI PERDANA KITA!! TAK PERNAH BERLAKU LAGI DALAM SEJARAH MALAYSIA DIMANA ISTERI PERDANA MENTERI DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU PERDANA MENTERI. KENAPA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU TIDAK DISERAHKAN KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI ??

KASIHAN TAN SRI MUHYIDDIN !!.. SIAPA PUNYA PUNYA KERJA NI YA? APAKAH SALAH DAN DOSAKU, MAKA AKU TELAH DITUNGGUL KAYUKAN??

Oleh : rahimothman

Selasa, 2 November 2010

UMNO ZAHIRKAN SIKAP SEBENAR

Photobucket

UMNO TAK PERLU UNDI CINA DAN INDIA,
70% UNDI MELAYU SUDAH CUKUP,.. kata melayu sombong, lagi takbur ini.

Sama ada pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa ini sedar atau tidak beliau telah pun terlepas cakap. Gambar dan isi ucapannya dapat dilihat dan didengar melalui youtube oleh seluruh rakyat Malaysia. Johari Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimennya.

Berhujjah! tapi tidak berniat? Eh ! lain benar bunyinya! Macam orang tak cukup akal aje!!.... Maknanya sama lah .. Bercakap tanpa niat? Orang yang bercakap tanpa niat ini biasanya orang tidak siuman atau dengan bahasa mudahnya sewel !!

Beginilah keadaan dan sifat sebenar UMNO . Dihadapan orang Melayu mereka bercakap lain manakala didepan orang Cina dan India mereka bercakap dalam nada yang berbeza pula!!

Ini baru secebis dari kes-kes sebegini yang dapat dibongkar. Yang tersimpan dan tersorok pastinya banyak lagi. Nampaknya tembelang busuk UMNO telah pecah! Sia-sia Najib kehulu kehilir bercakap tentang 1 Malaysia.

Apa-apa pun pada hakikatnya dasar 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan sebenarnya memang cukup sumbang, tawar dan hambar.!! Lebih-lebih lagi setelah sikap sebenar pemimpin UMNO penuh dengan kepalsuan dan pura-puraan!!

Ketika pemimpin UMNO ini menjawab komen dalam blognya -www.joharighani.blogspot.com tempoh hari, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu itu telah disalah ertikan.

Itu kata beliau,,,, kata orang yang mendengar lain pula. Seribu alasan boleh diberi, tapi jutaan telinga yang mendengar tentu boleh berfikir dan menilai. Biasanya kulit buah melambang isinya !! Apa yang tergambar diluar begitulah di dalam. Apa yang diucap itulah yang sebenarnya!!

Oleh : rahimothman

Isnin, 1 November 2010

CALUN BN TAK TAHU BERBAHASA MALAYSIA?

Photobucket


PILIHANRAYA KECIL P.185 BATU SAPI SANDAKAN SABAH PADA 4HB NOVEMBER 2010 NANTI, BN TELAH MELETAKKAN SEORANG CALUN WANITA – LINDA TSEN THAU LIN.
CALUN INI ADALAH BALU KEPADA MENDIANG EDMUND CHONG KET WAH YANG MATI AKIBAT KEMALANGAN MOTOSIKAL BEBERAPA HARI LALU.

APA YANG MENARIK TENTANG CALUN BARISAN NASIONAL INI, BELIAU DIKATAKAN TIDAK PANDAI ATAU TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU. APAKAH PERKARA INI BENAR? KALAU BENAR AMATLAH MALANG SEKALI. IA TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU, MALAH AMAT MEMALUKAN!!.

RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA SUDAH LEBIH 50 TAHUN MERDEKA! KENAPA MASIH MENGAMBIL RINGAN ATAU BERSIKAP MENDIAMKAN DIRI TERHADAP KETIDAKFASIHAN BERBAHASA KEBANGSAAN? KALAU BEGINI HAKIKATNYA KITA BUKANLAH SEORANG WARGANEGARA YANG TULIN…. MAKA LAYAKKAH KITA MENJADI RAKYAT MALAYSIA?

MARI KITA MEMBUAT SEDIKIT PENILAIAN…. BOLEHKAH DIPERCAYAAI BAHAWA CALUN INI SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB?, BERSEMANGAT PATRIOTIK? DAN BERJIWA RAKYAT? TEPUK DAHI TANYA MINDA !!

MAMPUKAH CALUN BN INI MENJADI WAKIL RAKYAT YANG BAIK?. SEORANG WAKIL RAKYAT SEHARUS SELALU TURUN PADANG MENCARI PERMASAALAHAN RAKYAT!, MENDENGAR SUARA RINTIHAN RAKYAT. SEORANG WAKIL RAKYAT SEHARUSNYA MESTI MENJADI PENYAMBUNG LIDAH RAKYAT, TERUTAMA KETIKA BERHUJJAH ATAU SEMASA SESI PERBAHASAN DI PARLIMEN. BUKAN HANYA DUDUK SAJA DI BANGKU EMPUK PARLIMEN SAMBIL MENGHIMPUNKAN TAHI MATA!!

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH CUKUP MATANG SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA, DAN SELAMA 50 TAHUN INI JUGA KITA TELAH DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH KERAJAAN BN,,… MAKA ANDA FIKIRLAH DENGAN SEMASAK-MASAKNYA DI DALAM MEMILIH CALUN WAKIL RAKYAT ANDA. JANGANLAH ANDA MEMANGKAH CALUN BN INI SEMATA-MATA KERANA SIMPATI!

YA! SEMUA ORANG MERASA KASIHAN DAN AMAT SEDIH TERHADAP MUSIBAH YANG MENIMPA CALUN BN INI.. TAPI JIKA ANDA BENAR-BENAR IKHLAS INGIN MEMBANTUNYA BERILAH PERTOLONGAN DENGAN CARA YANG LAIN. JANGAN SEKALI-KALI MENGGADAIKAN HAK DAN UNDI KERAMAT ANDA SEWENANG-WENANGNYA!!

Pakatan Rakyat (PR) yang terbukti berjaya mentadbir empat buah negeri dengan baik
sewajarnya disokong dan diberi peluang. Jadi untuk memilih wakil rakyat terbaik calun PKR adalah pilihan yang terbaik !!.

Oleh : rahimothman