EKORAN EZAM MEMUJI TINDAKAN ZAID
Ezam memuji tindakan Zaid menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden serta melepaskan semua jawatannya dalam PKR.
“ Bagus Zaid ! Zul Kulim, dan yang lain-lain. Ikut macam saya. Saya pertahankan prinsip, semua kita mesti pertahankan prinsip, walaupun terpaksa keluar dari parti!! ” lebih kurang begitulah agaknya kata hati Ezam.
Ya, anda semua manusia yang berprinsip !!. tetapi prinsip yang anda semua pegang ialah prinsip taik kucing !!. Tabiat anda semua sama macam kucing,,… Kucing bila lepas berak pasti akan mencium taiknya!.. sama ada sebelum atau selepas najis itu di timbus!!. Kucing buat-buat tak tahu yang najisnya itu busuk. Kucing menimbus najisnya pun bukan kerana nak hilangkan bau tapi nak selamatkan najisnya dari di baham oleh harimau (mengikut cerita orang tua-tua).
Tindak-tanduk anda samalah macam kisah kucing dengan taiknya !! kerana dari dulu sampai lah hari kiamat pun kucing akan terus berbangga dengan mencium taiknya yang disangka wangi itu!! padahal makhluk sekeliling terpaksa menutup lubang hidung kerana menahan bau busuk, jijik,.. dan meloyakan !!
PRINSIP ANDA SEBENARNYA IALAH APA PARTI BOLEH BERI SEBELUM AKU MEMBERI KEPADA PARTI,,…. Hanya parti busuk seperti Umno saja yang sesuai dengan jiwa kamu !!
Oleh : rahimothman
Sila baca petikan selanjutnya - http://wargamarhaen.blogspot.com/
EZAM PUJI ZAID PULA, TERUS BIDAS ANUAR...HA.HA...SENATAK..!!
Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor mendendangkan lagu yang berlainan rentak dan nada sekarang.
Meskipun, liriknya yang menghentam bekas mentor dan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap sama tetapi kini bidasannya kepada bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ini telah bertukar menjadi rentak puji-pujian.
Sambil menyifatkan Zaid - yang juga bekas Penyelaras Pakatan Rakyat sebagai “pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Abdul Razak", Ezam berkata hakikatnya tiada tempat untuk kejujuran di PKR.
"Zaid benar-benar mahu melihat satu simbol tunggal bagi Pakatan. Tetapi tidak bagi Anwar. Dia seorang penipu,” kata Ezam, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu sebelum meninggalkan PKR pada 2006 dan menyertai semula ke Umno dua tahun kemudian.
"Saya kenal Zaid. Saya tahu Zaid buka pemimpin besar, dia ada masalahnya. Tetapi orang ramai boleh lihat kejujuran. Dan sekarang, orang ramai boleh lihat apa yang sudah hilang dari parti itu.
"Tiada lagi dedikasi, komitmen dan kejujuran dalam PKR. Apabila Zaihid sertai PKR, semua orang menggantung harapan tinggi kepadanya. Tetapi sekarang, dia pun meninggalkan parti itu.,” kata Ezam pada ceramah bertajuk "Keadilan untuk siapa?" yang dianjurkan oleh MCA Petaling Jaya Selatan, malam semalam.
Isnin lalu, Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.
Pada 8 November, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.
Keesokannya, beliau menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur kerana mendakwa mereka berdua adalah punca segala masalah dalam parti.
Zaid yang sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatannya pada September 2008 kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Posted by RAKYAT MARHAEN at 11/17/2010 08:21:00 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan