Khamis, 25 November 2010

KENYATAAN SYARIFAH AINI MACAM ORANG TAK BERIMAN

Photobucket
Ini kata-kata Syarifah Aini mengenai bertudung,…
• Beliau bertudung kerana nak melindungi bengkak sakit giginya. (bukan kerana Allah)
• Beliau mahu menangguhkan perintah wajib dari Allah, semata-mata kerana belum bersedia dan tidak mahu dikatakan hipokrit.


Soalan saya…
a. Sembahyang yang diperintah wajib oleh Allah, bolehkah Syarifah tangguh atau tidak lakukan kerana tak mahu dikatakan hipokrit?
b. Tidakkah Syarifah merasa takut bahawa Allah akan mencabut nyawanya bila-bila masa dan pada masa itu nak menutup aurat tak sempat lagi dah kerana orang lain yang akan menutupkan aurat kita.(dikapan)
c. Kalau Syarifah melaksanakan perintah wajib yang lain, sembahyang umpamanya, apakah orang akan mengata Syarifah hopokrit, sembahyang Syarifah pura-pura dan tidak kerana Allah? Mustahil !!
d. Sebagai perbandingan - Apakah hukum wajib mentaati ibubapa boleh kita tangguh sehingga nyawa kedua ibubapa kita sampai dihujung khalkum?
e. Apakah hukum-hukum wajib yang diperintah oleh Allah boleh kita tapis atau saring? Kita pilih yang ini dan kita tolak yang itu?
f. Akhir sekali – Adakah anda sangat berbangga dan megah apabila anda mempamerkan rambut anda di khalayak? Kalau anda berbangga dengan mendedahkan aurat atau rambut anda, tidakkah itu riak namanya? Bermakna anda telah membuat dua kesalahan dalam satu masa.

Saya rasa kenyataan anda boleh mengelirukan !. Anda seolah-olah telah mempersenda hukum Allah. Perintah wajib tak boleh dibuat main-main, tak boleh diambil mudah atau diringan-ringankan. Kalau tak dibuat tetap berdosa.Macam hukum wajib sembahyang, orang yang sakit pun masih diwajibkan melakukannya. Tak boleh berdiri,.. duduk. Tak boleh duduk, berlunjur.. Tak boleh berlunjur,..baring !

Oleh : rahimothman

Sila baca artikel di bawah - http://karatijau.blogspot.com/ Khamis, 2010 November 18



FUHHH...KENYATAAN "JAHIL" SHARIFAH AINI...

Photobucket

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharifah Aini @ Kak Pah ini berkemungkinan besar boleh menjadi statement of the year dalam dunia hiburan. Baru-baru ini Kak Pah dilihat bertudung dalam satu majlis amal. Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya? Ini kata Kak Pah.

Sebenarnya "Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung,"katanya. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab.

Kesian kat Kak Pah. Mesti gusinya bengkak besar sebab sakit gigi sampai terpaksa pakai tudung untuk cover. Bila tenung lama-lama, nampak manis jugak Kak Pah nie bila bertudung. Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung.

Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).

Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.-artismelayukini

Juragan : Allah kasih kepada hambanya yang tidak
suka menunda-nundakan berbuat kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan