Sabtu, 27 November 2010

TEMBAK ORANG AWAM : POLIS MALAYSIA GHAIRAH DAN GELOJOH

Rakyat Malaysia dah naik muak baca kisah polis tembak orang awam. Sampai bila polis Malaysia akan menjadi polis yang benar-banar propersional?. Bila dah tertembak orang awam yang belum tentu bersalah, pihak polis cepat-cepat memberi alasan untuk membenar atau menghalalkan tindakan mereka.

Ini lah polis Malaysia… Nampaknya mereka sangat gelojoh atau terlalu ghairah untuk melepaskan tembakan. Lihat kisah dibawah ini.

Oleh : rahimothman

http://www.malaysiakini.com/news/149020

LAGI POLIS TEMBAK SESUKA HATI !

Photobucket

Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu. “Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.

Wong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.
Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru. "Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan