( Ekoran isu perletakan Jawatan Zaid Ibrahim )
Kepada seluruh ahli dan kepimpinan PKR !!
Oleh kerana selama 10 tahun ini saya adalah diantara ratusan ribu pendukung semangat refomasi dan pengikut PKR, maka diharap janganlah sekali-kali kita membiarkan PKR mati berkubur !!.. berpatah sayap bertongkat paruh!,.. namun perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tetap diteruskan.
Ingatlah! bahawa PKR ditubuhkan hasil dari keringat dan airmata rakyat. Diam tak diam kini PKR sudah berusia satu dekat.Bermula dengan kosong sekarang sudah mampu memerintah empat buah negeri bersama-sama Pakatan Rakyat. Tidakkah kita berbangga ? Tidakkah kita mahu mempertahankannya? Atau menambahkan lagi penguasaan kita? Jawapannya tentu sekali ya!
Sebelum ini satu demi satu bekas ahli-ahli PKR cuba hendak membunuh parti PKR sama ada dari luar maupun dari dalam. Namun hakikatnya PKR semakin hari semakin kuat dan mendapat sokongan rakyat. Nyata sekali ini, mereka tidak mampu, mereka tidak berupaya meruntuhkan PKR. Semua ini disebabkan oleh kekuatan jatidiri, kekuatan dalaman yang ada dalam PKR. Dalam masa kita semakin kuat inilah kita semakin dicemburui, kita terus-terusan diserang dari berbagai sudut terutama oleh UMNO dan bekas-bekas ahli PKR. Alhamdulillah kita masih mampu menangkisnya!!
Dan yang terkini Dato’ Zaid Ibrahim telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan. Beliau cuba meracun dan membunuh PKR dari dalam pula dengan mengugut menarik diri dari pertandingan merebut jawatan timbalan presiden. Dalam masa yang sama beliau mengugut meletak semua jawatan dalam PKR dan mencabar DS Anuar dan Azmin Ali turut sama meletak jawatan! Huhh ! dasyatnya dia !!. Perbuatan dan tindakan Zaid Ibrahim itu amat tidak wajar. Kita ambillah pengajaran dari sikap tamak, nakal dan kebudak-budakannya itu !.
Mana mungkin kita sanggup melihat parti PKR diruntuhkan oleh seorang insan yang bernama Zaid yang baru setahun jagong menjadi ahli ? Sanggupkah kita menafikan kegigihan dan semangat juang pemimpin-pemimpin PKR yang setia, dan yang terbukti sudah berjasa sekian lama. Sudah 10 tahun PKR boleh hidup dan bertahan hingga kehari ini, takkan dengan sedikit kocakan yang dibuat oleh Zaid maka kita rela PKR diruntuhkan dengan sekelip mata? Biarlah!.biarlah Zaid terjun dengan labu-labunya!!
Semua ahli PKR haruslah menunjukkan kematangan, tingkatkan kesabaran, kuatkan semangat, selalu muhasabah diri. Masaalah yang kecil-kecil, carilah jalan penyelesaian. Perkara remeh jangan diperbesarkan. Apa saja persoalan bawa kemeja perundingan. Kalau ini kita lakukan, itu tandanya kita sudah cukup matang. Ingatlah ! UMNO telah banyak mengajar kita !.. Seharusnya kita terus memandang kedepan !! Kalau kita jujur memperjuang keadilan dan hak rakyat !, Allah akan sentiasa bersama kita. InsyaAllah!
oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan