Selasa, 30 November 2010

KOMEN MUHYIDDIN MACAM HAMPEHH !

Photobucket

Muhyiddin terkedu, terpinga-pinga dan teraba-raba macam ikan kena tuba untuk mencari jawapan apabila ditanya oleh wartawan tentang kenyataan DS Azizah Ismail presiden PKR bahawa Anuar adalah pemimpin anugerah Allah (seperti yang tersiar dalam berita utama 8.00 malam di RTM dan Tv3 - 28/11/10 semalam). Tak ada jawapan atau komen yang bernas keluar dari mulut Muhyiddin melainkan beliau mengatakan kenyataan DS Wan Azizah tidak wajar, dan lebih kepada untuk menjaga hubungan suami isteri.

Wah! alangkah takutnya Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno dengan kenyataan DS Wan Azizah itu. Kenapa perlu takut kalau Anuar hanya seorang pemimpin kerdil? Kenapa mesti gentar kalau Anuar hanya seorang pemimpin serpihan? Jawapannya ada dalam benak semua pemimpin tertinggi Umno….

Ya, apa saja kenyataan yang mengaitkan Anuar, Umno akan respon. Umno pasti tak senang duduk. Kalau sedang tidur mereka akan terjaga, ibarat terkejut dari mimpi. Kalau mereka sedang membuang air besar sekali pun mereka akan membuat komen sepantas kilat. Begitulah fobianya mereka terhadap Anuar.

Sememangnya Umno sangat takut dengan kekuatan dan ketokohan DS Anuar Ibrahim sejak dulu lagi dan kini ketakutan itu semakin menghimpit mereka. Lebih-lebih lagi setelah DS Anuar berjaya membentuk barisan pembangkang yang amat kuat sekarang ini.

Seandainya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO/BN sebenarnya, kerana segala penyelewengan dan salahgunakuasa mereka akan ditelanjangkan! Jadi apa cara sekalipun Anuar mesti dihapuskan! Kalau riwayat Anuar dapat ditamatkan, barangkali semua pemimpin Umno akan berpesta atau mengadakan kenduri besar agaknya!

Semenjak 1998 apa yang Umno tidak buat untuk menamatkan perjuangan politik Anuar? Berbagai-bagai cerita buruk telah dicipta dan disebarkan. Berbagai-bagai fitnah dilemparkan dan diantara fitnah yang MAHA AGONG lagi menjijikkan ialah FITNAH LIWAT 1 yang kini FITNAH LIWAT 2 pula. Semasa dipenjara selama 6 tahun Anuar pernah dibelasah sehingga lebam sebelah mata dan orang yang bertanggunjawab dengan insiden ini khabarnya sedang uzur! Itulah balasan Allah barangkali..

Selama ini rakyat yang prihatin sangat bersimpati dengan segala tuduhan fitnah yang dihadapi oleh Anuar. Tapi berapa berat mata memandang berat lagi bahu Anuar yang memikulnya. Semoga Anuar mendapat tahap kesabaran yang tinggi dari Allah dan rakyat sentiasa mendoakannya

Apa lagi yang Umno belum buat terhadap DS Anuar Ibrahim? Diharap janganlah sampai ketahap sanggup membunuh atau menggunakan khidmat pembunuh upahan ! Dalam sejarah Umno, kes pembunuhan pernah berlaku dan adalah tidak mustahil kes yang sama akan berulang. Semoga Allah memberi perlindungan !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan