Selasa, 2 November 2010
UMNO ZAHIRKAN SIKAP SEBENAR
UMNO TAK PERLU UNDI CINA DAN INDIA,
70% UNDI MELAYU SUDAH CUKUP,.. kata melayu sombong, lagi takbur ini.
Sama ada pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa ini sedar atau tidak beliau telah pun terlepas cakap. Gambar dan isi ucapannya dapat dilihat dan didengar melalui youtube oleh seluruh rakyat Malaysia. Johari Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimennya.
Berhujjah! tapi tidak berniat? Eh ! lain benar bunyinya! Macam orang tak cukup akal aje!!.... Maknanya sama lah .. Bercakap tanpa niat? Orang yang bercakap tanpa niat ini biasanya orang tidak siuman atau dengan bahasa mudahnya sewel !!
Beginilah keadaan dan sifat sebenar UMNO . Dihadapan orang Melayu mereka bercakap lain manakala didepan orang Cina dan India mereka bercakap dalam nada yang berbeza pula!!
Ini baru secebis dari kes-kes sebegini yang dapat dibongkar. Yang tersimpan dan tersorok pastinya banyak lagi. Nampaknya tembelang busuk UMNO telah pecah! Sia-sia Najib kehulu kehilir bercakap tentang 1 Malaysia.
Apa-apa pun pada hakikatnya dasar 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan sebenarnya memang cukup sumbang, tawar dan hambar.!! Lebih-lebih lagi setelah sikap sebenar pemimpin UMNO penuh dengan kepalsuan dan pura-puraan!!
Ketika pemimpin UMNO ini menjawab komen dalam blognya -www.joharighani.blogspot.com tempoh hari, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu itu telah disalah ertikan.
Itu kata beliau,,,, kata orang yang mendengar lain pula. Seribu alasan boleh diberi, tapi jutaan telinga yang mendengar tentu boleh berfikir dan menilai. Biasanya kulit buah melambang isinya !! Apa yang tergambar diluar begitulah di dalam. Apa yang diucap itulah yang sebenarnya!!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan