Isnin, 1 November 2010
CALUN BN TAK TAHU BERBAHASA MALAYSIA?
PILIHANRAYA KECIL P.185 BATU SAPI SANDAKAN SABAH PADA 4HB NOVEMBER 2010 NANTI, BN TELAH MELETAKKAN SEORANG CALUN WANITA – LINDA TSEN THAU LIN.
CALUN INI ADALAH BALU KEPADA MENDIANG EDMUND CHONG KET WAH YANG MATI AKIBAT KEMALANGAN MOTOSIKAL BEBERAPA HARI LALU.
APA YANG MENARIK TENTANG CALUN BARISAN NASIONAL INI, BELIAU DIKATAKAN TIDAK PANDAI ATAU TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU. APAKAH PERKARA INI BENAR? KALAU BENAR AMATLAH MALANG SEKALI. IA TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU, MALAH AMAT MEMALUKAN!!.
RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA SUDAH LEBIH 50 TAHUN MERDEKA! KENAPA MASIH MENGAMBIL RINGAN ATAU BERSIKAP MENDIAMKAN DIRI TERHADAP KETIDAKFASIHAN BERBAHASA KEBANGSAAN? KALAU BEGINI HAKIKATNYA KITA BUKANLAH SEORANG WARGANEGARA YANG TULIN…. MAKA LAYAKKAH KITA MENJADI RAKYAT MALAYSIA?
MARI KITA MEMBUAT SEDIKIT PENILAIAN…. BOLEHKAH DIPERCAYAAI BAHAWA CALUN INI SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB?, BERSEMANGAT PATRIOTIK? DAN BERJIWA RAKYAT? TEPUK DAHI TANYA MINDA !!
MAMPUKAH CALUN BN INI MENJADI WAKIL RAKYAT YANG BAIK?. SEORANG WAKIL RAKYAT SEHARUS SELALU TURUN PADANG MENCARI PERMASAALAHAN RAKYAT!, MENDENGAR SUARA RINTIHAN RAKYAT. SEORANG WAKIL RAKYAT SEHARUSNYA MESTI MENJADI PENYAMBUNG LIDAH RAKYAT, TERUTAMA KETIKA BERHUJJAH ATAU SEMASA SESI PERBAHASAN DI PARLIMEN. BUKAN HANYA DUDUK SAJA DI BANGKU EMPUK PARLIMEN SAMBIL MENGHIMPUNKAN TAHI MATA!!
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH CUKUP MATANG SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA, DAN SELAMA 50 TAHUN INI JUGA KITA TELAH DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH KERAJAAN BN,,… MAKA ANDA FIKIRLAH DENGAN SEMASAK-MASAKNYA DI DALAM MEMILIH CALUN WAKIL RAKYAT ANDA. JANGANLAH ANDA MEMANGKAH CALUN BN INI SEMATA-MATA KERANA SIMPATI!
YA! SEMUA ORANG MERASA KASIHAN DAN AMAT SEDIH TERHADAP MUSIBAH YANG MENIMPA CALUN BN INI.. TAPI JIKA ANDA BENAR-BENAR IKHLAS INGIN MEMBANTUNYA BERILAH PERTOLONGAN DENGAN CARA YANG LAIN. JANGAN SEKALI-KALI MENGGADAIKAN HAK DAN UNDI KERAMAT ANDA SEWENANG-WENANGNYA!!
Pakatan Rakyat (PR) yang terbukti berjaya mentadbir empat buah negeri dengan baik
sewajarnya disokong dan diberi peluang. Jadi untuk memilih wakil rakyat terbaik calun PKR adalah pilihan yang terbaik !!.
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan