Rabu, 3 November 2010

DR ASRI PENAKUT !! ATAU BERSELINDUNG ? Kenapa tak sebut nama pemimpin Umno ?

Photobucket

Isunya : Minta Anuar bersara ……. “Saya bukan nasihat Anwar saja...” katanya.
Kenapa sikap beraninya kini dihalakan kepada DS Anuar? tidak Najib !! atau lain-lain pimpinan UMNO? Sepatutnya mereka yang berkuasa inilah yang seharusnya ditegur ! secara direct. Saya rasa macam ada sesuatu disebaliknya saranan atau tegurannya itu!! Tidak menyebut nama pemimpin Umno apakah bermaksud Dr.Asri merasa gentar atau takut kepada UMNO? Mungkin? atau tak mungkin! , tapi boleh jadi!.., tak mustahil !!

DISINI SAYA PAPARKAN BEBERAPA PERSOALAN YANG SUDAH LAMA BERMAIN DI KEPALA SAYA:

1. Siapa sebenarnya Dr.Asri ini ? Pendakwah bebas atau penceramah politik bebas?

2. Nampaknya Dr.Asri macam berminat dalam kedua-dua bidang ini. Betulkah begitu?

3. Kalau Dr.berminat dengan politik…kearah mana condongnya Dr.? BARISAN NASIONAL yang zalim atau PAKATAN RAKYAT yang memperjuangkan keadilan dan menegakkan yang hak?

4. Kalau Dr. dikehendaki memilih,.parti mana yang menjadi pilihan?, UMNO, PAS PKR atau lain-lain parti?

INI PULA PERSOALAN YANG MUNCUL DI KEPALA SAYA SEJAK SEMALAM DAN HARI INI :

1. Kenapa Dr. membuat kenyataan menyuruh DS Anuar berundur pada ketika dua
pilihan kecil Galas dan Batu Sapi telah hampir tiba ?

2. Kenapa Dr. membuat gesaan ini setelah Dr.keluar dari menikmati perhimpunan Agong UMNO 2010 beberapa hari yang lalu?.

3. Adakah Dr.beranggapan DS Anuar sudah tidak relevan dalam landskap politik Malaysia hari ini? sedangkan pengikut dan penyokong masih ramai?

4. Adakah Dr. beranggapan dasar yang diperjuangkan oleh Anuar dan partinya PKR serta Pakatan Rakyat amat bertentangan dengan jiwa dan citarasa Dr.?

5. Apakah Dr.beranggapan DS Anuar sudah terlalu tua untuk melayari dunia politik, padahal Dr.Mahathir berpolitik sampai ke tua kotai? Begitu juga Lee Kuan Yew sampai ke tua bangka. Taib Mahmud dah tua gayut masih menjadi Ketua Menteri Serawak? Dan apa pula pandangan Dr tentang Haji Hadi, Nik Aziz, Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain?

6. Bolehkah Dr. nyatakan siapakah yang lebih layak menjadi ketua pembangkang? Dan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri yang boleh membawa satu perubahan besar?

7. Adakah Dr.berfikir yang Dr.layak untuk mengisi tempat tersebut?

8. Adakah Dr.nampak atau tidak, segala kezaliman, keburukan dan kemungkaran yang dibawa oleh kerajaan UMNOBN selama ini ?

9. Adakah Dr.bersetuju bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS?

10. Adakah Dr.sedar bahawa alasan Dr menyuruh DS Anuar bersara politik tersangatlah cetek, dangkal, tak logik, tidak realistik malah menongkah arus ??

Andainya Dr.Asri membaca artikel ini sudi kiranya Dr. memberikan jawapan. Sementara menanti jawapan mari kita sama-sama memikirkannya ! Gunakanlah otak dan akal kita yang sihat ini…….. TEPUK DADA TANYA MINDA !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan